CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 63505|Reply: 2

[Kedah] 'Saya tak sedap hati bila arwah WhatsApp video sungai... itulah kali terakhir berbual dengannya'

[Copy link]
Post time 16-11-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode
'Saya tak sedap hati bila arwah WhatsApp video sungai... itulah kali terakhir berbual dengannya'Zuliaty Zulkiffli[email protected]






Jitra: "Arwah sempat menghantar gambar dan video WhatsApp kepada saya, (tunjuk) keadaan sungai ketika itu dan memaklumkan air sungai naik, selain arusnya laju.

"Saya tak sedap hati dan menasihatkannya supaya berhati-hati dan jangan 'stunt' sangat sebab bimbang ada batu. Itulah kali terakhir saya berbual dengan arwah sebelum dia dilaporkan lemas," kata Fatimah Walad, 70.

Fatimah adalah ibu kepada Muhammad Ikram Abdul Bari, 29, seorang daripada tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lemas selepas bot rafting dinaiki di Sungai Jahang, Gopeng, Perak terbalik akibat kepala air, semalam.

Menurut Fatimah, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anak bongsu daripada empat beradik itu pada 7 malam, hampir dua jam selepas kejadian berlaku.

Katanya, tiga anaknya serta ahli keluarga yang lain sudah mengetahui lebih awal, namun tidak berani untuk memberitahunya kerana bimbang dia pengsan disebabkan dia mempunyai masalah jantung.

"Dia (arwah) pergi ke Gopeng menunggang motosikal dan menghantar WhatsApp pada saya memaklumkan dia sudah sampai di lokasi (sungai berkenaan) pada 2.29 petang.

"Saya ingatkan dia supaya (solat) jamak dulu kerana waktu Zuhur dah nak habis dan hanya balas, OK saja, sebelum dia mengambil gambar serta video air sungai yang mengalir deras ketika itu.

"Lepas tu dia kata nak makan dulu dan tunjuk pula gambar motosikalnya untuk memaklumkan yang dia sudah sampai di sana," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Permata, di sini, hari ini.

Pesara guru itu juga memberitahu rakannya ada menghantar WhatsApp, menyuruh dia membaca mesej mengenai tiga pegawai JKR yang menyertai rombongan ke Sungai Jahang di Gopeng, lemas.

Katanya, ketika itu dia tidak tahu salah seorang mangsa adalah anaknya.

"Arwah baru bekerja di Pegawai Khidmat Pelanggan JKR Daerah Langkawi sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum ini dia tinggal dengan makcik selepas bapanya meninggal dunia sejak 2009 dan ketika makcik menjalani pembedahan jantung, tiga tahun lalu, dialah yang menjaga makcik.

"Selepas berkahwin dan dia dapat kerja di Langkawi, dia tinggal di sana sendirian di kuarters, manakala isterinya, Nur Afifah Amira Ahmad Fauzi, 29, dan anak tunggal mereka, Aisy Adani, setahun tujuh bulan pula tinggal di rumah mentuanya kerana isterinya kerja bank di sini," katanya.

Jenazah Muhammad Ikram yang tiba di rumahnya pada 8 pagi tadi, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Melele, Padang Sera, Kodiang tengah hari ini.

Sementara itu, rakan arwah, Mohd Faris Mohd Husin, 30, yang juga kakitangan JKR Pendang berkata, dia cuba menghantar WhatsApp kepada Muhammad Ikram pada 4 petang semalam selepas melihat status WhatsApp seorang lagi rakan mereka mengenaitragedi berlaku.

"Ketika itu saya mesej untuk mengetahui keadaannya tetapi tidak dibalas. Saya syak ia berlaku padanya sebelum dimaklumkan dia sudah tiada," katanya.



Disiarkan pada: November 16, 2024 @ 11:16am

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/11/1155613/saya-tak-sedap-hati-bila-arwah-whatsapp-video-sungai-itulah-kali-terakhir



Fatimah menunjukkan gambar kepala air yang dihantar MUHAMMAD Ikram sebelum lemas. FOTO Wan Nabil Nasir.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-11-2024 11:58 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 08:05 AM | Show all posts
sedihnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48982 Replies : 26
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 4077 Replies : 3
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257005 Replies : 7116
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11042 Replies : 276
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47102 Replies : 21
Tular dakwaan orang ramai barangan sumbangan Khairul Aming telah diasingkan dan mangsa banjir dipercayai hanya menerima sebungkus biskut serta mi segera sahaja.
YgBenarTular dakwaan orang ramai barangan sumba
Views : 4892 Replies : 1
Banjir reda, 8 kematian dicatatkan
maklukpenggodaBanjir reda, 8 kematian dicatatkan
Views : 18896 Replies : 113

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.042999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list