CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38156|Reply: 0

[Sarawak] Polisi pengambilan pelajar YSISS sekurang-kurangnya 50% daripada kumpulan B40

[Copy link]
Post time 14-11-2024 12:35 PM | Show all posts |Read mode


Dr Annuar ketika menjawab pertanyaan daripada Christopher Gira (GPS-Tamin) mengenai YSISS pada Persidangan DUN.

KUCHING: Polisi pengambilan pelajar di Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) adalah sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kumpulan B40.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, buat masa ini 55.4 peratus pelajar YSISS adalah terdiri daripada B40 manakala 32.3 peratus adalah M40 dan 12.3 peratus adalah T20.

“Ini selaras dengan falsafah asal penubuhan sekolah YSISS iaitu menyediakan ekosistem pendidikan yang baik khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan.

“Berdasarkan statistik semasa, pecahan pelajar mengikut kaum bagi kedua-dua YSISS Petra Jaya dan YSISS Kuching adalah terdiri daripada Melayu 36.2 peratus, Bidayuh 19.1 peratus, Iban 18.7 peratus, Cina 12.2 peratus, Melanau 7.9 peratus, Orang Ulu 3.7 peratus dan 2.2 peratus daripada pelbagai kaum yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Christopher Gira (GPS-Tamin) mengenai pecahan pelajar mengikut kaum dan latar belakang sosioekonomi yang belajar di YSISS pada Persidangan DUN di sini, hari ini.

Menurut Dr Annuar, pelajar lepasan YSISS yang memperoleh sijil International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi di dalam mahupun di luar negara.

“Dari segi akademik, dua pelajar cemerlang dari setiap sekolah berpeluang mendapat tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari di universiti berprestij antarabangsa.

“Ini kerana sijil IGCSE adalah layak untuk masuk mana-mana universiti peringkat antarabangsa. Bagaimanapun mereka diberi peluang untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai satu langkah jika mereka tidak mahu keluar negara,” katanya.

Tambah Dr Annuar, buat masa ini, dua buah YSISS telah beroperasi iaitu di Petra Jaya dan Batu 12 Jalan Kuching Serian.

Kerajaan negeri bagaimanapun katanya, akan menubuhkan empat sekolah lagi di seluruh negeri iaitu di Betong, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Bagi kemajuan projek adalah 88.56 peratus siap dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2026 di Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS) Sibu,” katanya.

Sementara itu mengenai pertanyaaan berkaitan berapa ramai pelajar Sarawak dibiayai Yayasan Sarawak yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan awasta (IPTA/IPTS) dalam dan luar negara, Dr Annuar berkata lebih 40,000 pelajar di IPTS/IPTA dan pengajian tinggi di luar negara telah mendapat pembiayaan daripada Kerajaan Sarawak melalui pelbagai biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak.

Katanya, setakat ini seramai 41,856 yang dibiayai oleh Yayasan Sarawak di mana 40,599 berada di dalam negara dan yang ditaja ke luar negara ialah 257 orang.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.056839 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list