CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36370|Reply: 0

[Sarawak] Baru mohon kawasan Lawas dan Ba’Kelalan dilibatkan dalam program pembiakan lembu

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:55 AM | Show all posts |Read mode


Gambar fail

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan Baru Bian (gambar) memohon Kerajaan Sarawak melibatkan kawasan Lawas dan konstituensinya dalam program pembiakan lembu.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM10.6 juta untuk mewujudkan ladang pembiakan lembu di Kuching, Serian dan Betong.

“Saya agak kesal kerana Lawas tidak dimasukkan sedangkan ia telah dikenal pasti sebagai daerah pengeluar kerbau bersama dengan Limbang.

“Pada tahun 2018, ketika tahap kecukupan pengeluaran daging lembu kita hanya pada lima peratus, Timbalan Menteri Pertanian mengumumkan bahawa Sarawak menyasarkan untuk menghasilkan 30 peratus daripada bekalan daging lembunya untuk memenuhi permintaan tempatan di negeri ini menjelang 2030.

“Premier Sarawak memaklumkan kepada Dewan ini bahawa tahap kecukupan kini hanya pada 13 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2025), 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Baru memberitahu, kadar pertumbuhan yang meningkat daripada lima peratus kepada 13 peratus dalam tempoh lapan tahun, adalah agak rendah dan perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran 30 peratus dalam tempoh enam tahun.

Pada bulan Mac tahun ini, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mengumumkan bahawa daerah Limbang, Lawas dan Temburong di Brunei Darussalam akan dijadikan hab pengeluaran makanan dengan tumpuan kepada pertanian dan penternakan, melalui kerjasama antara Sarawak dan Brunei.

“Pada tahun 2021, Premier Sarawak mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak merancang untuk memanfaatkan potensi ekonomi di bahagian utara Sarawak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam usaha mengubah sektor pertanian dengan menggunakan pertanian berketepatan tinggi.

"Dengan tanah yang subur dan iklim yang lebih sejuk, utara Sarawak sangat sesuai untuk pertanian dan penternakan," kata Baru sambil menekankan bahawa konstituensinya memiliki tanah dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan inisiatif ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.078100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list