CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21347|Reply: 0

[Sarawak] Empat pasukan perkhidmatan awam Sarawak raih Anugerah Emas dalam ICQCC di Sri Lanka

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:39 AM | Show all posts |Read mode


Empat pasukan ICC perkhidmatan awam Sarawak memenangi Anugerah Emas dalam ICQCC di Colombo, Sri Lanka.

KUCHING: Dengan idea yang bertunjangkan inovasi dan kreativiti, empat pasukan Innovative and Creative Circle (ICC) dari perkhidmatan awam Sarawak, telah memenangi Anugerah Emas di Konvensyen Antarabangsa Mengenai Kumpulan Kawalan Kualiti (ICQCC) ke-49 2024.

Menurut kenyataan Unit Transformasi dan dan Inovasi Sarawak (STIU), program berkenaan berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 11 hingga 14 November 2024.

Pencapaian luar biasa ini menyerlahkan komitmen perkhidmatan awam Sarawak (SCS) ke arah kecemerlangan dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Pasukan yang memenangi Anugerah Emas adalah TECHSKAP dari dari Lembaga Kemajuan Bintulu; Lands Tahai Q dari Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang; IPOK dari Pejabat Residen Mukah; dan EAGLE dari Majlis Perbandaran Sibu.

Delegasi SCS yang diketuai oleh Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak Superi Awang Said telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan semangat berpasukan yang tinggi.

Kejayaan mereka mencerminkan inisiatif pasukan dan jabatan dalam memastikan kecekapan serta keberkesanan bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang bertaraf dunia.

Superi semasa ditemu bual melahirkan perasan bangga beliau terhadap penyertaan setiap kumpulan yang mewakili Sarawak pada konvensyen kali ini.

Beliau berkata kejayaan empat pasukan ini bukan sahaja mengekalkan prestasi cemerlang pasukan ICC Sarawak pada setiap edisi ICQCC, malahan ia memberi gambaran jelas bahawa budaya inovasi dan kreativiti yang selama ini diterapkan dalam perkhidmatan awam Sarawak.

Ia melalui Anugerah Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSICA) berjaya mempersiapkan setiap pasukan ICC Sarawak untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

ICQCC 2024 adalah acara yang sangat kompetitif dengan penyertaan daripada 594 pasukan yang mewakili 15 negara.

Konvensyen ini adalah platform global bagi pasukan untuk memperagakan inisiatif kawalan kualiti dan idea inovatif mereka.

Kepelbagaian projek tersebut memaparkan penyelesaian yang kreatif dan inovatif dalam mengharungi cabaran era globalisasi masa kini.

Prestasi cemerlang pasukan dari Sarawak adalah bukti usaha memupuk budaya kecemerlangan dan peningkatan berterusan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047143 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list