CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17998|Reply: 19

Seorang saintis rawat kanser payu dara dengan suntik virus dihasil dalam makmal

[Copy link]
Post time 14-11-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode






Zagreb: Seorang saintis berusia 50 tahun, Beata Halassy, merawat kanser payudara tahap tiga yang dihidapinya dengan menyuntikkan virus yang dihasilkan di makmal ke dalam tumor tersebut.


Halassy, seorang virologis di Universiti Zagreb, Croatia, mengesan kanser payudaranya pada tahun 2020 di tempat sama dia sudah menjalani mastektomi sebelum ini.


IndiaToday melaporkan, memandangkan ini adalah kanser berulang, dia memutuskan untuk merawatnya sendiri kerana tidak sanggup menghadapi sesi kemoterapi sekali lagi, menurut laporan di Nature.


Kajian kes Halassy diterbitkan dalam jurnal Vaccines yang mendedahkan bahawa virologis itu mula mencuba rawatan yang belum terbukti untuk kanser dengan menggabungkan virus campak dan patogen seperti selesema untuk mencipta suntikan kuat yang menyerang tumor secara langsung dan membantu sistem imun.


Selepas rawatan itu, Halassy bebas kanser selama empat tahun.


Vaksin eksperimen yang disuntik sendiri yang dikenali oncolytic virotherapy (OVT) membantunya merawat kanser dihadapinya.


OVT adalah bidang rawatan kanser yang sedang berkembang menggunakan virus untuk menyerang sel-sel kanser, kemudian merangsang sistem imun untuk memeranginya.


Kebanyakan ujian klinikal OVT dijalankan ke atas kanser tahap lanjut yang sudah merebak.


Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saintis juga mengarahkan aplikasi rawatan ini kepada kanser tahap awal.


Menurut Halassy, virus campak dan virus vesikular stomatitis yang termasuk dalam suntikan itu diketahui mampu menjangkiti jenis sel yang menjadi asal tumor yang dihidapinya.


Hasilnya, dia berjaya menggabungkan virus berkenaan dalam dos yang tepat dan menggunakannya untuk merawat dirinya sendiri.


Setakat ini, kedua-dua patogen itu sudah digunakan dalam ujian klinikal OVT.


Virus campak sudah diuji terhadap kanser payudara yang merebak (metastatik).


Menurut laporan itu, Halassy sedang menyokong penggunaan OVT sebagai rawatan utama untuk kanser, berbanding prosedur rawatan semasa seperti pembedahan, kemoterapi, terapi biologi, atau radiasi.


Komuniti penyelidikan perubatan nampaknya berbelah bahagi mengenai rawatan sendiri kanser oleh Halassy.


Bagaimanapun, penulis kajian yang menerbitkan kes Halassy dalam jurnal Vaccines menasihatkan agar tidak mengamalkan rawatan sendiri menggunakan OVT.


"enulis kajian ini yang bersifat terasing dan tidak konvensional dengan jelas menyatakan rawatan sendiri dengan virus oncolytic tidak sepatutnya menjadi pendekatan pertama dalam mengatasi kanser yang telah didiagnosis, tetapi ingin menggalakkan ujian klinikal formal untuk menilai OVT sebagai terapi neoadjuvant ketika kanser tahap awal," tulis mereka.


SUMBER:  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2024 09:51 AM | Show all posts
wow.. ni option  yang baik...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Agak2, klu kita mintak doktor buat kat kita rawatan camni...doktor stuju x nak buat??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
AkokKocik: Agak2, klu kita mintak doktor  ...

Aku pun wonder yg sama...if kena kanser (nauzubillah) ada ke option lain utk kita (selain conventional treatment) di malaysia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:21 PM | Show all posts
waaa.. meaning kajian minah ni berjaya lah kan? sbb dia bebas cancer lama dah. so lepas2 ni, bleh laa guna kaedah ni, ye dok??
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 01:55 PM | Show all posts
Mesti ramai kepala ubat yg tak support treatment dia yg dikira murah dan accessible ni. Sebab tu dorang kata tak digalakkan pasal nak org dapatkan treatment bc dgn harga yg mahal namatey.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kopek akak siap boleh libas ke belakang sangkut atas bahu lagi, kau mampoo ke nok?

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2024 11:56 PM | Show all posts
AkokKocik: Agak2, klu kita mintak doktor buat kat kita rawatan camni...doktor stuju x nak buat??

kena carik saintis sis. bukan carik doktor.
doktor buat bende semua ikut buku. saintis ikut akal sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2024 12:01 AM | Show all posts
lasagna replied at 14-11-2024 05:21 AM
waaa.. meaning kajian minah ni berjaya lah kan? sbb dia bebas cancer lama dah. so lepas2 ni, bleh la ...

susah nak kata berjaya. sebab umur dia pun dah 50.
patogen tu walaupun mampu melawan kanser payudara.
tapi patogen tu tak keluar dari badan. dia akan stay sampai mati.
nak tahu selamat ke tak kena cari yang muda2 seawal umur 20 ada kanser
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 12:04 AM | Show all posts
sk8er replied at 14-11-2024 03:10 AM
Aku pun wonder yg sama...if kena kanser (nauzubillah) ada ke option lain utk kita (selain conventio ...

i ada baca somewhere. pencetus kanser payudara ni
salah satu punca adalah deodoran yang di gunakan seharian.
deodoran menghalang ketiak dari berpeluh keluar.
padahal peluh dari ketiak tu adalah tanda manusia itu normal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 08:48 AM | Show all posts
gigahertz replied at 15-11-2024 12:01 AM
susah nak kata berjaya. sebab umur dia pun dah 50.
patogen tu walaupun mampu melawan kanser payuda ...

oooo susah juga laa nk finalize kan berjaya ke tak ek?
ok faham faham.. kena test kpd org muda laa dlu, tp mcm high gak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-11-2024 12:04 AM
i ada baca somewhere. pencetus kanser payudara ni
salah satu punca adalah deodoran yang di gunakan ...

Sbb tu jgn guna deodoran yg anti perspirant
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 15-11-2024 12:48 AM
oooo susah juga laa nk finalize kan berjaya ke tak ek?
ok faham faham.. kena test kpd org muda laa ...

Kena cari ramai volunteer utk test.
Yang muda - final stage
Yang muda - first stage
Yang tua - final stage
Yang muda - first stage.
Yg kahwin - first stage
Yang bujang - final stage
Sel kanser mmg dah ada dlm badan
Cuma aktif tu x tahu bila.
Ada yg sebab gaya hidup ada yg pemakanan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Cara rawatan paling jimat dan selamat adalah puasa/IF...kanser pn boleh sembuh...if akan mengaktifkn proses autophagy dlm bdn kita..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 02:07 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 14-11-2024 02:10 PM
Kopek akak siap boleh libas ke belakang sangkut atas bahu lagi, kau mampoo ke nok?

kak ooii, yg bleh libas ke blkng, tak kena cancer tak apa lagi kak..
selamat laa alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 02:08 PM | Show all posts
gigahertz replied at 15-11-2024 03:29 PM
Kena cari ramai volunteer utk test.
Yang muda - final stage
Yang muda - first stage

fuhhh bab pemakanan tu laa kena berjaga-jaga..
tak semua makanan kita ni tau ada punca-punca cancer.
if tahu mmg ramai umat tak mkn laa mkanan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2024 02:08 PM | Show all posts
sk8er replied at 15-11-2024 09:18 AM
Sbb tu jgn guna deodoran yg anti perspirant

yaa betul guna yg natural ingredient.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 04:29 PM | Show all posts


mas elon kata sebenarnya banyak working anti cancer yg almost ready for public use..
cuma karenah birokrasi dgn timbunan paperworks tu je yg buat delay..

https://amanz.my/2024487121/



Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga satu hari nanti boleh dimanfaatkan oleh semua pesakit kanser.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Interesting.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyaman lagi'
ultra78'Kundasang tak sejuk lagi, tak nyama
Views : 4758 Replies : 12
ICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Netanyahu
MahathirinaICC Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Neta
Views : 101 Replies : 0
Miss Universe 2024 - Miss Universe Thailand
perrrghhhhMiss Universe 2024 - Miss Universe Thail
Views : 38387 Replies : 151
Rugi RM789 juta
maklukpenggodaRugi RM789 juta
Views : 29916 Replies : 13
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 10960 Replies : 280
Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan Perang Dunia III Sebelum Bapanya Angkat Sumpah
^CUN_GILA~.Anak Trump: Biden Sengaja Mahu Cetuskan
Views : 12090 Replies : 44
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 227164 Replies : 1787
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 235045 Replies : 6520
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 86911 Replies : 869
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 107664 Replies : 1750

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.074009 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list