CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28667|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta ditahan

[Copy link]
Post time 14-11-2024 01:35 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu lori kontena terbalik hempap kereta ditahan

Nur Izzati Mohamad[email protected]




GAMBAR hiasan




Bukit Mertajam: Polis menahan pemandu lori yang mengakibatkan kontena dibawanya terbalik dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.15 pagi itu, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian, manakala lelaki berusia 25 tahun parah dan dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata, permohonan reman ke atas pemandu berusia 51 tahun itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

"Dia ditahan untuk siasatan dan setakat ini, ujian saringan air kencing dijalankan mendapati negatif alkohol," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Helmi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lima kereta dan lori menunggu giliran untuk bergerak di persimpangan lampu isyarat.

"Bagaimanapun tiba-tiba sebuah treler dari Jalan Bukit Tengah telah membelok ke kiri, masuk ke Jalan Bukit Sireh dan hilang kawalan yang menyebabkan muatan kontena dibawa telah menghempap dua kenderaan yang sedang berhenti.

"Sebelum itu, kenderaan berkenaan sempat mengundur dan melanggar tiga kereta lain dan lori," katanya.

Beliau meminta saksi awam yang melihat kejadian untuk tampil ke balai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan.

Maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Shahid Othman di talian 017-2670543.



Disiarkan pada: November 13, 2024 @ 8:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/11/1154719/pemandu-lori-kontena-terbalik-hempap-kereta-ditahan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:56 AM GMT+8 , Processed in 0.042340 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list