CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28806|Reply: 0

[Pulau Pinang] Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah

[Copy link]
Post time 11-11-2024 03:39 AM | Show all posts |Read mode
Teman lelaki, kakak angkat remaja jatuh dari tingkat 16 positif dadah

MOHD ISKANDAR OTHMAN
10 November 2024 06:08pm




Laporan Sinar Harian.




GEORGE TOWN - Polis menahan teman lelaki dan kakak angkat kepada remaja perempuan yang ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, tangkapan dibuat selepas ujian saringan air kencing terhadap kedua-duanya individu berkenaan didapati positif dadah.

Menurutnya, suspek yang ditahan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.

"Mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada jam 5.55 dan 6.05 pagi selepas didapati positif dadah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim di sini pada Sabtu.

Mayat remaja berkenaan ditemui orang awam kira-kira jam 11.45 malam sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Difahamkan, terdapat kesan kelar pada tangan kiri remaja terbabit dan dia dipercayai jatuh dari biliknya di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.


Swee Sake sebelum ini berkata, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

https://www.sinarharian.com.my/article/695791/berita/semasa/teman-lelaki-kakak-angkat-remaja-jatuh-dari-tingkat-16-positif-dadah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.049655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list