Menurut Wei Huang, dia ada menyimpan tukul di tepi katilnya untuk melindungi dirinya daripada 'kiamat zombi' , sambil menambah kesal dengan tindakannya itu.
Peguam Wei Huang, Kerim Fuad KC, menyifatkan kes terbabit sebagai tragis dan luar biasa, memetik tekanan melampau akibat peperiksaan, isu peribadi dan dakwaan eksploitasi seks antara faktor serangan itu berlaku.
Menurut laporan berita Sky News pula, Wei Huang yang ketika itu berusia 16 tahun, menyerang dua remaja lelaki di asrama Sekolah Blondell dekat Tiverton, Devon pada Jun tahun lalu.
Ekoran itu, kedua-dua mangsa mengalami keretakan tengkorak dan kecederaan pada tulang rusuk, limpa dan paru-paru, manakala seorang lagi mangsa mengalami tertusuk paru-parunya.
Selain itu, Wei Huang juga menyerang guru yang cuba campur tangan dengan memukulnya berulang kali dekat bahagian kepala dengan tukul.
Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim Johannah Cutts, berkata Wei Huang merancang serangan terlebih dahulu, sambil menegaskan yang remaja itu mengetahui akibat yang boleh membawa maut kesan daripada tindakannya.
Tegas Cutts lagi yang tindakan Wei Huang menimbulkan risiko besar untuk mengulangi tingkah lalu sama sehingga mengundang tahap bahaya yang tinggi kepada orang ramai.
Wei Huang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan hukuman penjara minimum 12 tahun.
Pada mulanya identiti Wei Huang dirahsiakan daripada orang ramai sehingga dibenarkan namanya didedahkan mengambil kira peningkatan kes seumpama itu baru-baru ini. - AGENSI