CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39644|Reply: 0

[Kedah] Bomba selamatkan tiga wanita sesat ketika daki Bukit Kodiang

[Copy link]
Post time 1-11-2024 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-11-2024 02:23 AM

Bomba selamatkan tiga wanita sesat ketika daki Bukit Kodiang

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 31, 2024 @ 4:21pm[email protected]




Seorang (dua dari kanan) daripada tiga wanita yang tersesat ketika mendaki Bukit Kodiang dibawa turun dengan bantuan anggota Bomba dan malim gunung. - Foto ihsan Bomba





KODIANG: Keseronokan tiga wanita memanfaatkan cuti Deepavali dengan mendaki Bukit Kodiang hari ini bertukar tragedi apabila mereka tersesat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Fauzi Md Jusoh tiba di lokasi bersama 10 anggota.

"Operasi turut disertai dua anggota polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan dua malim gunung.

"Tindakan awal yang dilakukan, seramai lima anggota bomba bersama polis dan RELA mendaki bukit.

"Tiga wanita yang disyaki tersesat itu ditemui oleh malim gunung dan seorang daripada mereka mengalami kecederaan di kaki.

"Kerja-kerja penyelamatan dilakukan di lokasi bagi membawa turun semua mangsa ke kaki bukit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Bustan berkata, kesemua mangsa berjaya dibawa turun ke bawah pada jam 1.45 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.50 petang.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1318182/bomba-selamatkan-tiga-wanita-sesat-ketika-daki-bukit-kodiang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034711 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list