CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19388|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan

[Copy link]
Post time 30-10-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Nelayan didakwa bunuh lelaki warga Pakistan


Zuhainy Zulkiffli[email protected]



Tertuduh, Kiong Chan Kyam, 38, di bawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan, pada 21 Oktober lalu. FOTO /MIKAIL ONG





Georgetown: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh lelaki warga Pakistan di Jalan Burmah, di sini, 21 Oktober lalu.

Tertuduh Keong Chan Kyam, 38, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Basri namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh seorang nelayan didakwa membunuh Rashid Mahmood di kedai Soon Huat di Jalan Burmah di sini, jam 4 petang pada 21 Oktober lalu.

Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara maksimum 40 tahun dan minimum 12 kali sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Januari tahun depan bagi sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen berkaitan.



Disiarkan pada: Oktober 30, 2024 @ 11:43am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149770/nelayan-didakwa-bunuh-lelaki-warga-pakistan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list