CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15654|Reply: 0

[Kedah] Tanam padi huma sebagai persediaan hadapi cuaca panas berpanjangan

[Copy link]
Post time 28-10-2024 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Tanam padi huma sebagai persediaan hadapi cuaca panas berpanjangan

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




PADI Huma yang di tanam di Kediaman Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mencadangkan sawah terbiar diusahakan dengan tanaman padi darat atau huma sebagai persediaan menghadapi cuaca panas berpanjangan akibat fenomena El Nino.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Othman berkata, ini kerana padi huma menjadi alternatif terbaik untuk menampung keperluan beras sekiranya berlaku krisis makanan.

Selain itu, katanya padi huma juga lebih mudah dijaga dan tidak memerlukan pengairan atau air yang banyak seperti tanaman padi biasa.

"Bagi pihak LZNK, kita sudah mula tanam percubaan sebanyak dua hektar padi huma di Sik, dan sedang tanam lagi empat hektar di Bendang Man.

"Insya-Allah dalam cuaca mendatang yang dijangka kering, orang ramai boleh memilih padi darat kerana ia boleh ditanam walaupun di luar tapak sawah. Ia lebih senang diurus," katanya ketika ditemui selepas proses tuaian pertama padi darat di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Zakaria berkata, rakyat negeri ini turut disaran menanam padi darat di keliling rumah seperti diusahakan di halaman rumah Menteri Besar Kedah.

Katanya, tanaman padi jenis bario di halaman rumah Menteri Besar mengambil masa empat bulan untuk dituai selepas ditanam pada 28 Jun lalu.

"Padi darat atau padi huma ini berpotensi ditanam oleh semua orang kerana mudah diurus, maknanya siapa yang ada tanah kosong boleh tanam.

"Tempoh tuaian padi huma antara tiga hingga enam bulan mengikut varieti dan sekilogram benih padi boleh menghasilkan 80 kilogram (kg) padi.

"Daripada setiap kg padi akan dapat menghasilkan 60 peratus beras dan ia dijual dengan harga RM26 sekilogram, rasanya sedap dan ada varieti yang mengeluarkan aroma wangi," katanya.

Pada Mac lalu, media melaporkan negara perlu bersedia bagi berdepan kemungkinan hasil pertanian tempatan berkurangan pada 2025 akibat fenomena El Nino.



Disiarkan pada: Oktober 28, 2024 @ 1:18pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1149116/tanam-padi-huma-sebagai-persediaan-hadapi-cuaca-panas-berpanjangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.036640 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list