CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Abahmung

[Tempatan] Lori terbabas bawa 18,700 paket minyak masak untuk seludup.#22 Trend seludup minyak masak peket: Beli di luar Kelantan, guna lori tertutup

[Copy link]
Post time 28-10-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-10-2024 04:24 PM
Iols tahun ni 2x jumpa minyak peket kat mydin. Sekali tu masa nak raya haji. Kalau tak, mmg sentia ...

Rezeki tu chuol. Dkt kawasan aiol ni mmg tak pernah jumpa dah. Sib baik aiol jenis guna sikit2 je kot tak lg meroyan. Tak tahu le kot2 kedai2 kecil tu ada ke tak tp balik kg mmg aiol paw yg MIL beli 2 peket wajib sbb dkt sana selalu ada. Boleh le 5-6 bulan sekali paw kan idak le org marah sgt heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend seludup minyak masak peket: Beli di luar Kelantan, guna lori tertutup
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
28 Oktober 2024 02:09pm


Azman (tengah) menunjukkan minyak masak peket yang berjaya dirampas sebelum diseludup ke negara jiran.


PASIR PUTEH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mendedahkan ada dalam kalangan penyeludup sanggup membeli minyak masak peket di luar negeri ini untuk diseleweng ke negara jiran semata-mata mahu mengaut keuntungan berlipat ganda.

Pengarah negeri, Azman Ismail berkata, lebih mengejutkan lagi apabila penyeludup sanggup keluar masuk dari satu kilang ke kilang lain untuk membeli barang kawalan itu melibatkan pelbagai jenama.


"Dalam pemantauan kami terdapat tiga hingga empat jenama minyak masak peket yang diambil di luar Kelantan.

"Kemudian dibawa masuk ke negeri ini menggunakan lori tertutup dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa apabila melalui SJR (sekatan jalan raya)," katanya ketika sidang akhbar pada Isnin.

Sebelum itu beliau merasmikan walkabout sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 di Pasar Raya Econsave di sini.

Menurut Azman, harga dua kali ganda yang ditawarkan oleh pembeli dari Thailand menyebabkan penyeludup mengambil kesempatan membawa keluar barangan bersubsidi itu menggunakan laluan tidak sah.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan sebuah lori jenis Nissan yang ditemukan terbabas di tepi jalan tanpa pemandu didapati membawa 18,700 kilogram minyak masak peket bernilai RM46,750 yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Rampasan pada jam 4 petang itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan semasa memeriksa sebuah pangkalan haram menerusi Op Taring Wawasan di pangkalan haram Ayam, Kampung Terusan di sini pada Ahad.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
matseh replied at 28-10-2024 05:10 PM
Kena gubal undang2. Bersalah jual brg Seubsidi seludup ke luar negara sama dgn Treason.
Hukum nya te ...

bicara10x...hukuman 5 tahun penjara...tolak itu,ini..jadi 2thn...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2024 08:50 PM | Show all posts
silance replied at 28-10-2024 02:36 PM
Beruntung sungguh rakyat telend, dapat berjiran dengan rakyat bodoh pengkhianat kepada masyarakat. B ...

itu la...x pyh dah minyak paket ni...kalau gomen takleh jaga sempadan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerjaya penyeludup ni ada antaranya kerjaya warisan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 28-10-2024 02:51 PM
Patut le dah makan tahun aiol tak jumpa dah minyak peket ni... Melintas sempadan dia dibawa lari
...

Yg masih ada dlm negara pun kat kedai2 ada yg disorokkan dan dijual pd puak2 bangsa dia..cuma persoalannya juga, yg menyorokkan tu pemilik kedai atau pekerja kedai ya..sbb boleh pulak dia jual pd bangsa bangla dia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 11:24 AM | Show all posts
Kelantan banyak tali barut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 29-10-2024 09:47 AM
Yg masih ada dlm negara pun kat kedai2 ada yg disorokkan dan dijual pd puak2 bangsa dia..cuma pers ...

Rasanya tuan kedai yg punya angkara selalunya sbb dkt bangsa2 itu diarg markup sikit harga sepeket. Bukannya 2.50 mcm yg kita2 beli ni. Itu yg sanggup sabotage bangsa kita sendiri jual brg bersabsidi ke bangsa2 yinnih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 11:45 AM GMT+8 , Processed in 0.051362 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list