CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 73586|Reply: 0

[Perlis] Unimap terima peruntukan RM100,000 tingkat fasiliti pembelajaran anak autisme

[Copy link]
Post time 19-10-2024 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Unimap terima peruntukan RM100,000 tingkat fasiliti pembelajaran anak autisme

Redzuan Muharam[email protected]




TUANKU Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan mencemar duli hadir ke Majlis Pelancaran Pembangunan Fasiliti Terapi Open Gym di Unimap. FOTO Ihsan YBR.





Arau: Sebanyak RM100,000 diperuntukkan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bagi menaik taraf pembangunan fasiliti terapi 'Open Gym' di Hab A-HEART bagi meningkatkan kesejahteraan golongan autisme.

Usaha itu dijalankan dengan kerjasama Autism Hub for Educational Resources & Training (A-HEART) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Syed Putra.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, projek terletak di aras dua Bangunan Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) itu adalah fasiliti terapi anak autistik yang berkonsepkan ekosistem dan persekitaran kehidupan seharian dilalui oleh kanak-kanak itu dan berkeperluan khas.

"A-HEART memulakan perancangan pembangunan 'Open Gym' sejak September tahun lalu melalui kerjasama dengan YBR dan Pusat Terapi Senze for Mindz di Kangar, Perlis.

"Inisiatif itu merangkumi pemilihan peralatan terapi bersesuaian dengan keperluan anak autistik dan anak berkeperluan khas," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai selaku Canselor UniMAP mencemar duli ke PTSFP bagi menyempurnakan perasmian.

Hadir sama Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Syaiful Rizal berkata, penyediaan pembangunan fasiliti yang baik sebahagian daripada hasrat YBR untuk memastikan anak autistik dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selesa dan selamat serta membantu dalam mengembangkan potensi dalam kalangan kanak-kanak istimewa.

"Selain itu, fasiliti yang dibangunkan di Open Gym juga secara tidak langsung menjadi platform kepada anak istimewa mengembangkan potensi diri.

"Ia juga boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga untuk membantu anak-anak autistik meneroka dan meningkatkan keupayaan deria, kognitif dan pergerakan motor atau fizikal," katanya.

Katanya, kerjasama itu adalah langkah positif bagi memastikan anak autistik mendapat kemudahan pembelajaran yang baik dan kondusif.

Menurutnya ia juga dapat memberikan peluang kepada anak autistik untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan penyediaan keperluan yang lebih lengkap dan dapat menerima intervensi terapi secara berkesan dan lestari.

"Diharapkan sokongan berterusan dari semua pihak terutamanya daripada ibu bapa, keluarga dan masyarakat menjadikan mereka lebih berdaya saing serta motivasi untuk mengikuti sesi pembelajaran yang lebih sempurna dan selesa.

"Bagi tahun ini, YBR sudah memperuntukkan sebanyak RM13.4 juta melalui inisiatif Program Pembangunan Pendidikan.

"YBR berharap penganjuran program seperti ini dapat memberi satu impak yang besar kepada usaha untuk membantu masyarakat istimewa dan memberi kesedaran bahawa organisasi luar turut mengambil berat serta sedaya upaya mempelbagai bantuan dan aktiviti kepada yang memerlukan," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 19, 2024 @ 5:14pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146219/unimap-terima-peruntukan-rm100000-tingkat-fasiliti-pembelajaran-anak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.575483 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list