CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: YgBenar

Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang

[Copy link]
Post time 25-10-2024 03:16 PM | Show all posts
dah kenapa kaya2 nak raampas tanah rakyat....

THIS kena kuat and tegas ni.. bela nasib rakyat....nak lawan kerabat sendiri ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 03:31 PM | Show all posts
kerabat Pahang ni kalau dalam Pahang tu bersepah bai.bersepah. bukan setakat yg kaya raya. yang miskin pon ramai tapi perangai ya ampun memang urut kepala bai.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:34 PM | Show all posts
KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Lima termasuk seorang kerabat Pahang didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau, Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, Nik Norhisham Affendi Nik Mohd Zani, 39, Mohd Fouzi Md Nur, 44, Mohd Taufik Daud,44 dan Khairul Azhar Rosli, 38 bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.


Berdasarkan kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa secara bersama mencederakan seorang lelaki, Alias Awang, 44 menggunakan pisau hingga mangsa mengalami kecederaan pada paha kanan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan lot tanah bangsal kuda, Jalan Teluk Sisek di sini pada 6 Jun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebatan atau mana-mana dari dua hukuman tersebut.

Pendakwaan dijalankan tiga Timbalan Pendakwa Raya diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Ekoran pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Peguam, Y Sheelan Samuagam yang mewakili empat tertuduh, Tengku Eddie Akasya, Nik Norhisham Affendi, Mohd Taufik dan Khairul Azhar dalam rayuannya memohon agar jumlah jaminan dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Sheelan berkata, anak guamnya ada yang bekerja sebagai kontraktor, penternak dan membantu menguruskan perniagaan keluarga.

Tiga daripada mereka sudah berkeluarga dan menyara keluarga termasuk ibubapa yang uzur dan menghidap penyakit," katanya sebagai alasan bagi memohon jumlah jaminan paling rendah.

Sementara itu, Peguam Mohamed Badrulzzaman Abu Bakar yang mewakili, anggota polis, Mohd Fouzi juga merayu satu jumlah jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya itu kini digantung tugas.

Mahkamah kemudian membenarkan jumlah jaminan ke atas setiap tertuduh dikurangkan kepada RM7,000 manakala 11 Disember depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki yang juga pekerja pembinaan dan penyelenggaraan mendakwa cedera diserang sekumpulan individu termasuk seorang bergelar kerabat.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Kejadian mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda mahu pihak polis segera menyiasat dakwaan itu.

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaminan tertuduh minta dikurangkan? 10k je..

Kaum kerabat xmembantu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh dia memang pernah jadi adc juga sebelum ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2024 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Aedy Akasya sepupu THIS ke kerabat tu.. bole tahan tunjuk samseng..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2024 10:51 AM | Show all posts
muda lg dh npk samseng.tp tgk kt Fb@ TT,ramai plak komen muka dia;
"berjiwa rakyat n bermuka rakyat".berani btul komen.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2024 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur baru 20 dh tunjuk samseng, tua sok nanti guane la perangai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058909 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list