CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61832|Reply: 0

[Kedah] 'Sekali lagi dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar'

[Copy link]
Post time 19-10-2024 10:04 AM | Show all posts |Read mode
'Sekali lagi dilanda banjir akibat fenomena air pasang besar'

Zuliaty Zulkiffli[email protected]



Anggota APM Bandar Baharu melakukan pemantauan di sekitar kawasan yang terjejas kali kedua di Kampung Baru, Mukim Bagan Samak yang dilanda banjir kilat susulan fenomena air pasang besar yang berlaku. FOTO IHSAN APM





Bandar Baharu: Kampung Besar di Mukim Bagan Samak, di sini, sekali lagi dilanda air pasang besar, hari ini, menyebabkan 100 penduduk daripada 25 keluarga di kawasan itu terjejas akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, ini kali kedua fenomena air pasang besar yang melanda kampung terbabit, selepas kali pertama pada Khamis lalu.

Katanya, kejadian air pasang besar ini berlaku pada 2 pagi kelmarin dan kali kedua berlaku 5.20 pagi tadi.

"Pemantauan mendapati 25 rumah di kampung itu dimasuki air sepenuhnya dan faktor kejadian banjir adalah disebabkan air pasang besar di sungai utama berhampiran iaitu Sungai Kerian," katanya.

Abdul Rahim berkata, bagaimanapun air kemudian surut secara perlahan-lahan.

Beliau berkata, dua pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menyedut limpahan air di kampung besar dapat berfungsi dengan baik.

"Tiga keluarga kemudian dipindahkan ke rumah saudara-mara terdekat untuk keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Rahim berkata, cuaca ketika ini cerah dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa.



Disiarkan pada: Oktober 19, 2024 @ 8:40am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1146009/sekali-lagi-dilanda-banjir-akibat-fenomena-air-pasang-besar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.184038 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list