CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: CAT AND THE MOON

[Copy link]
Post time 18-10-2024 04:32 PM | Show all posts
PM Anwar bentang Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat






Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan dokumen Belanjawan 2025 sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat. Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican. - Foto NSTP/Asyraf Hamzah






KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 di Dewan Rakyat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan belanjawan itu di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Ramli Mohd Nor yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan serta laman YouTube Parlimen.
Belanjawan 2025 adalah belanjawan ketiga dibentangkan di bawah kerajaan MADANI pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Menurut takwim di laman rasmi Parlimen, rang undang-undang itu akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari bermula 21 Oktober, diikuti sesi jawapan oleh menteri selama empat hari bermula 6 November dan diteruskan dengan perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 12 hari bermula 13 November.

Semalam, Anwar menerusi perkongsian di laman Facebook beliau berkata Belanjawan 2025 akan memacu lagi pertumbuhan ekonomi dan memberi keadilan kepada rakyat terbanyak.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada warga kerajaan serta semua pihak terlibat yang telah memerah keringat dan memberi cadangan bernas untuk menjayakan belanjawan berkenaan.
Terdahulu, Perdana Menteri tiba di lobi Dewan Rakyat pada 4 petang diiringi Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. – BERNAMA



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312620/pm-anwar-bentang-belanjawan-2025-di-dewan-rakyat






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2024 04:33 PM | Show all posts
Remaja 13 tahun dilapor hilang, tak pulang sejak semalam






Remaja lelaki, Alieff Raykal Abdul Rahim, yang dilaporkan hilang sejak semalam. - Foto Ihsan Polis






ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumah sejak semalam.
Satu entri di laman sosial Facebook (FB) Polis Kota Setar memaklumkan, Alieff Raykal Abdul Rahim, mempunyai tinggi 162 sentimeter (sm) dan berat 40 kilogram (kg).
Remaja itu turut mempunyai tahi lalat di kiri muka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui di mana remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat 013-9630772 (Sarjan Syahidah).

Maklumat juga boleh disalurkan melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7747222 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di talian 04-7741222.




https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/10/1312622/remaja-13-tahun-dilapor-hilang-tak-pulang-sejak-semalam


Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Embekkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2024 04:35 PM | Show all posts
Usah terpedaya akaun media sosial palsu guna nama Al-Sultan Abdullah, kerabat diraja Pahang








Antara akaun media palsu menggunakan nama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Foto FB Kesultanan Pahang








KUANTAN: Akaun media sosial di pelbagai platform yang menggunakan nama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah akaun penyamaran diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini memuat naik hantaran menafikan kewujudan sebarang akaun media sosial peribadi milik baginda.
"Segala pemberitahuan berkenaan aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.
"Isu sama yang turut ingin dijelaskan ialah mengenai akaun media sosial milik Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.


"Tengku Ampuan Pahang hanya memiliki akaun sosial yang aktif di Instagram dan TikTok sahaja. Tengku Mahkota Pahang hanya mempunyai satu akaun media sosial iaitu akaun Instagram dengan nama this.7," menurut hantaran itu.
Sehubungan itu, Istana Pahang berharap tiada yang terpedaya dengan penyamaran yang cuba mengelirukan orang ramai.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312617/usah-terpedaya-akaun-media-sosial-palsu-guna-nama-al-sultan-abdullah







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.265060 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list