CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13644|Reply: 1

[Kedah] Dua suspek bunuh Sabari Baharom tiba di Mahkamah Majistret Kubang Pasu

[Copy link]
Post time 17-10-2024 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 17-10-2024 09:30 AM

Dua suspek bunuh Sabari Baharom tiba di Mahkamah Majistret Kubang Pasu

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Oktober 17, 2024 @ 8:25am[email protected]






Polis membawa dua orang suspek untuk dihadapkan dengan pertuduhan membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom di Mahkamah Majistret Kubang Pasu. -Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.





ALOR SETAR: Dua suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan pesara pegawai kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, tiba bagi pendakwaan di Mahkamah Majistret Kubang Pasu hari ini.

Kedua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu dijangka berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Semalam, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh mengesahkan pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes bunuh Sabari dan dokumen itu sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, Isnin lalu.

Sebelum ini, dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun berkenaan direman selama seminggu dari 11 hingga 17 Oktober lalu, di Mahkamah Majistret Sungai Petani.



ARWAH Sabari. FOTO Ihsan Keluarga

Kedua-dua suspek disiasat polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sebelum ini, media melaporkan Sabari, hilang pada 3 September lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya menaiki kereta Proton Waja miliknya.

Bagaimanapun, mangsa gagal dihubungi ahli keluarga serta tidak pulang ke rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah, Baling sebelum dilaporkan hilang.

Kehilangan itu bertambah misteri apabila kereta milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di Kampung Pulau Belantek, Sik.

Ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun bank milik orang lain dalam tempoh beberapa hari selepas kehilangannya.

Berikutan itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, polis menahan dua suspek terbabit pada 27 September bagi membantu siasatan.

Menurut Fisol hasil siasatan lanjut, suspek terbabit membuat pengakuan mencampak mangsa ke dalam Sungai Padang Terap, dekat Derang, Jitra dalam keadaan tangannya diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Operasi pencarian telah dilakukan di sepanjang sungai selama tiga hari dari 30 September hingga 2 Oktober melibatkan pelbagai agensi.

Namun, polis memutuskan untuk menghentikan operasi mencari pada 3 Oktober berikutan tidak menemui sebarang petunjuk.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1311919/dua-suspek-bunuh-sabari-baharom-tiba-di-mahkamah-majistret-kubang





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2024 12:13 PM | Show all posts
Tunggu pihak pendakwaan, pertuduhan kes bunuh Sabari belum bermula

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Oktober 17, 2024 @ 11:36am[email protected]




Dua suspek disyaki membunuh Subari tiba di Mahkamah Majistret pada jam 8.20 pagi tadi. NSTP/ WAN NABIL NASIR.





JITRA: Proses pendakwaan ke atas dua suspek disyaki membunuh pesara pegawai kewangan FELCRA, Subari Baharom, 62, masih belum dimulakan setakat jam 11.15 pagi ini.

Difahamkan, mahkamah masih menunggu ketibaan pihak pendakwaan sebelum proses pertuduhan ke atas dua suspek terbabit dapat dimulakan di Mahkamah Majistret.

Terdahulu dua suspek terbabit tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi tadi.

Dua suspek masing-masing berusia 26 dan 38 tahun itu dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh semalam mengesahkan pihaknya sudah melengkapkan kertas siasatan kes bunuh Sabari dan dokumen itu sudah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN), Datuk Khairul Anuar Abdul Halim, Isnin lalu.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Sungai Petani memerintahkan dua suspek lelaki itu direman selama seminggu berakhir hari ini.

Kedua-dua suspek disiasat polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sebelum ini, media melaporkan Sabari yang hilang pada 3 September lalu selepas dipercayai keluar dari rumahnya menaiki kereta Proton Waja miliknya, dicampak ke sungai dalam keadaan tangannya diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Kereta miliknya pula ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di Kampung Pulau Belantek, Sik.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312003/tunggu-pihak-pendakwaan-pertuduhan-kes-bunuh-sabari-belum-bermula





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.037630 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list