Banjir: 3 PPS tutup, satu masih aktif
Safuri Kamarudin[email protected]
KEADAAN banjir di sekitar Kota Setar. FOTO Wan Nabil Nasir.
Baling: Tiga Pusat Pemindahan Banjir (PPS) ditutup petang ini, manakala satu lagi PPS masih dibuka kepada mangsa banjir di daerah ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, PPS aktif itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Ketil yang menempatkan 55 mangsa daripada 21 keluarga.
Katanya, PPS yang ditutup pada 4 petang membabitkan Dewan Tun Abdul Razak (lama), Dewan Tun Abdul Razak (baharu) dan Kompleks Rakan Muda Batu 42.
"Mangsa dibenarkan pulang kerana banjir pulih, cuaca cerah dan selamat untuk mangsa pulang.
"Bagaimanapun mereka dinasihati berjaga-jaga sekiranya banjir berulang lagi dan berpindah ke PPS yang disediakan jika keadaan bertambah buruk," katanya.
Disiarkan pada: Oktober 16, 2024 @ 5:09pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1145005/banjir-3-pps-tutup-satu-masih-aktif
|