CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33470|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zakat Pulau Pinang taja 20 belia asnaf sertai kursus kemahiran

[Copy link]
Post time 14-10-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-10-2024 05:03 PM

Zakat Pulau Pinang taja 20 belia asnaf sertai kursus kemahiran

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

14 Oktober 2024 03:48pm




Mohamad (duduk, tengah) bergambar bersama 20 peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus kemahiran di Kulim Advance Technologies tajaan ZPP.




BUKIT MERTAJAM - Seramai 20 peserta dalam kalangan belia asnaf, fakir dan miskin terpilih untuk mengikuti kursus kemahiran di Kulim Advance Technologies.

Kesemua mereka akan mengikuti kursus Computer Numerical Control (CNC) Machining dan Industrial Automation (IA) selama tiga bulan yang ditaja Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM276,624.


Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan agenda penting dalam perancangan pembangunan negara.

Menurutnya, TVET menjadi pemacu utama atau 'game changer' dalam usaha kerajaan melahirkan tenaga mahir tempatan berkemahiran tinggi sekali gus akan meningkatkan keupayaan belia dalam TVET bagi memastikan keperluan industri berteknologi tinggi dipenuhi oleh warga kerja tempatan.


"Hasrat ini juga menjadi keutamaan kerajaan Pulau Pinang dalam Visi PENANG2030 yang turut memastikan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji setimpal dapat diwujudkan selaras dengan usaha menarik pelaburan berkualiti tinggi ke negeri ini.

]
Antara peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus kemahiran di Kulim Advance Technologies tajaan ZPP.






"Dalam mendukung hasrat ini, ZPP bekerjasama dengan Kulim Advance Technologies untuk merealisasikan hasrat menghasilkan tenaga kerja industri yang mampu mendepani cabaran dan perubahan dalam arus pembangunan industri dan berkemahiran tinggi di negeri Pulau Pinang khususnya kepada belia-belia asnaf," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Peserta Baharu Kulim Advanced Technologies Sdn Bhd Tajaan ZPP di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah di sini pada Isnin.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Datuk Amran Hazali.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, melalui program pembangunan belia asnaf ini, kesemua peserta akan mendapat penempatan pekerjaan yang diuruskan oleh Kulim Advance Technologies.

Jelasnya, mereka wajib bekerja sekurang-kurangnya enam bulan di organisasi atau di kilang yang telah dikenal pasti oleh Kulim Advance Technologies dan pemantauan prestasi pekerja juga akan dibuat oleh syarikat terbabit.


"Melalui program ini diharapkan ia akan memberikan kemahiran yang relevan kepada peserta dalam industri sekali gus membantu para peserta dan keluarga meningkatkan taraf hidup dan menjadi pembayar zakat pada masa hadapan," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/690923/edisi/utara/zakat-pulau-pinang-taja-20-belia-asnaf-sertai-kursus-kemahiran


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.311959 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list