CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34372|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bersidang 2 hari tentukan sama ada ajaran GISBH sesat

[Copy link]
Post time 14-10-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bersidang 2 hari tentukan sama ada ajaran GISBH sesat

Nur Izzati Mohamad[email protected]



DR Mohamad ditemui media pada program Jelajah Taklimat Bimbingan Kecemerlangan Halal di Dewan MPKK Jalan Tenggiri, Seberang Jaya. FOTO Danial Saad





Butterworth: Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bersidang dua hari mulai esok untuk membuat ketetapan sama ada kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings (GISBH) mengandungi unsur sesat sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, berkata pihaknya telah bersiap sedia dari sudut pemulihan akidah dan pendidikan kepada ahli-ahli GISBH termasuk anak-anak mereka.

Katanya, persediaan itu dilaksanakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

"Sekarang kita menunggu keputusan itu (selepas persidangan selesai). Bagaimanapun dari sudut JHEAIPP selepas pengumuman yang dibuat oleh Menteri Agama, kita juga telah bersiap sedia.

"Umpamanya, kita menyediakan Kompleks Darul Hidayah di Permatang Tok Gelam untuk diadakan pusat pemulihan akidah dan kita sediakan guru-guru takmir, manakala berkaitan pendidikan saya dimaklumkan seramai 200 pelajar berusia tiga hingga 19 tahun (yang diselamatkan dalam Op Global) telah ditempatkan di satu lokasi di negeri ini untuk diberikan bimbingan psikologi bagi memulihkan semangat mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan isu GISBH di Pulau Pinang.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ditemui pada Majlis Penyerahan Skim Khas Suntikan Modal Perniagaan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan sidang media Penang International Halal Expo (PIHEX) 2024 di Seberang Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pelaksanaan sebarang kursus terhadap ahli dan anak-anak terkait dengan GISBH akan diberikan selepas keputusan fatwa dikeluarkan.

"Setakat ini (di Kompleks Darul Hidayah) tidak ada lagi ahli mahupun anak-anak GISBH ditempatkan di situ. Ini bergantung kepada keputusan fatwa negeri maknanya selepas keputusan nanti baru kita akan laksanakan kursus (pemulihan akidah) ini," katanya.

Setakat ini empat negeri telah mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat iaitu Perlis, Selangor, Pahang dan Melaka.

Pada 11 September lalu, menerusi Op Global, polis mengadakan serbuan terhadap 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH kerana didakwa terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan, yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang dikaitkan dengan GISBH.



Disiarkan pada: Oktober 14, 2024 @ 3:49pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/10/1144227/jawatankuasa-fatwa-pulau-pinang-bersidang-2-hari-tentukan-sama-ada-ajaran




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list