CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33535|Reply: 0

[Perlis] Penyalahgunaan dadah babit pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan - AADK

[Copy link]
Post time 14-10-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Penyalahgunaan dadah babit pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan - AADK

BERNAMA - Oktober 14, 2024 @ 2:20pm



Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok. - Foto FB AADK




KANGAR: Kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dan pelajar sekolah di negara ini menunjukkan trend membimbangkan.

Statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan kes membabitkan kumpulan itu mencatatkan peningkatan bagi tempoh 2020 hingga 2023.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Khairul Anwar Bachok, berkata 10,456 kes penyalahgunaan dadah direkodkan melibatkan murid sekolah rendah pada 2020, seterusnya meningkat kepada 10,712 kes pada 2021.

"Pada 2022 pula, sebanyak 11,611 kes membabitkan murid direkodkan dan meningkat kepada 12,755 kes pada tahun berikutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Bahasa dan Sastera di sini, yang dianjurkan bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Khairul Anwar berkata, berdasarkan rekod AADK, murid berusia 11 tahun dikesan paling muda menjadi penagih dadah.

Bagi kategori sekolah menengah rendah, iaitu pelajar Tingkatan Tiga ke bawah atau setaraf, katanya, statistik merekodkan 32,867 pelajar terbabit dalam penyalahgunaan dadah pada 2020 dan meningkat kepada 34,612 pelajar pada 2021.

"Pada 2022, jumlah pelajar meningkat kepada 36,236 orang, manakala tahun lalu meningkat kepada 37,321 orang," katanya.

Bagi kategori pelajar sekolah menengah atas, iaitu Tingkatan Lima dan setaraf, menyaksikan peningkatan kepada 55,855 orang pada tahun lalu berbanding 47,951 pada 2022.

"Tahun 2021 merekodkan 43,863 pelajar dan tahun sebelumnya 42,758 pelajar," katanya memaklumkan pelbagai langkah dilaksanakan pihaknya untuk memastikan isu itu dapat diatasi.

Langkah itu termasuk menggunakan usaha pencegahan menerusi Model i-Cegah AADK, meliputi lima elemen antaranya saringan dan penilaian, pemprofilan, perancangan dan pelaksanaan.

Beliau berkata kempen "Lebih Baik Cegah" terus diperhebat untuk memastikan usaha pencegahan awal menjadi benteng utama sebelum kes penyalahgunaan dadah menjadi lebih parah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1310625/penyalahgunaan-dadah-babit-pelajar-sekolah-tunjuk-trend





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list