CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33729|Reply: 1

[Pulau Pinang] Rumah umpama 'ditelan' sampah, APM terpaksa dipanggil keluarkan warga emas

[Copy link]
Post time 14-10-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Rumah umpama 'ditelan' sampah, APM terpaksa dipanggil keluarkan warga emas

Zuhainy Zulkiffli[email protected]



KEADAAN rumah dua tingkat di Jalan Mano, di sini, yang dihuni seorang wanita warga emas dipenuhi sampah sarap. FOTO Zuhainy Zulkiffli​








Georgetown: Bagaikan 'ditelan' sampah sarap, begitu keadaan rumah dua tingkat di Jalan Mano, di sini, yang dihuni seorang wanita warga emas berusia 86 tahun.

Keadaan itu dikatakan berlaku susulan tabiat wanita berkenaan yang gemar mengumpul barangan lusuh dan kitar semula di rumahnya sejak beberapa tahun lalu.

Semalam, pasukan penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang melakukan tugas khas mengeluarkan wanita itu dari rumahnya pada jam 4.40 petang.

Tugas penyelamatan dilakukan selepas APM menerima panggilan daripada ahli keluarga yang mendakwa wanita yang dalam keadaan tidak sihat itu sukar dikeluarkan dari rumahnya berikutan terdapat timbunan sampah.

Pegawai APM Daerah Timur Laut Kapten (PA), Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, mangsa didakwa tidak dapat berjalan dan sukar bergerak keluar daripada kediaman dua tingkat itu berikutan dipenuhi dengan barangan lusuh dan kitar semula yang dikumpulnya.

"Mangsa dikatakan mahu tinggal di pusat jagaan warga emas berhampiran namun berikutan keadaannya yang tidak sihat dan sukar keluar daripada timbunan sampah di dalam rumah, keluarga menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan.

"Seramai empat anggota APM terbabit dalam tugas itu dengan menggunakan pengusung dan teknik 'berekor' bagi membawa mangsa keluar daripada rumah," katanya ketika dihubungi di sini.

Muhammad Aizat berkata, mangsa yang berjaya dibawa dikeluarkan turut diberi rawatan awal.

Katanya, wanita terbabit mempunyai sejarah penyakit kencing manis, hipertensi, gangguan pendengaran dan lemah badan.

"Mangsa tidak berkahwin dan tinggal bersendirian di rumah itu serta dipercayai sudah lama mengumpul barangan terpakai dan lusuh.

"Keluarganya mendakwa mangsa yang kerap terjatuh sering menelefon mereka pada tengah malam bagi meminta bantuan.

"Berikutan itu, keluarganya mahu menghantar mangsa ke pusat jagaan dengan persetujuan wanita berkenaan," katanya.

Difahamkan, wanita itu bukan saja menyimpan barangan di dalam rumah, tetapi juga di halaman kediamannya.

Tinjauan di rumah itu mendapati longgokan sampah boleh dilihat daripada luar pagar kediaman yang turut menempatkan tiga kereta.



Disiarkan pada: Oktober 14, 2024 @ 1:37pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/10/1144182/rumah-umpama-ditelan-sampah-apm-terpaksa-dipanggil-keluarkan-warga-emas




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2024 02:37 PM | Show all posts

KEADAAN sebuah rumah di Jalan Mano bagaikan sudah 'ditelan' sampah sarap. FOTO Zuhainy Zulkiffli​
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.702496 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list