CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45167|Reply: 15

Fatin afeefa, Opai & anak baru

[Copy link]
Post time 6-10-2024 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by babyorange at 6-10-2024 03:03 PM

Opai dedah sudah ada anak bersama Fatin yang kini berusia tujuh bulan

Kuala Lumpur: Pelakon Fatin Afeefa dikatakan sudah tujuh bulan melahirkan anak hasil perkahwinan dengan pempengaruh sensasi, Aliff Awang.

Ia disahkan oleh Alif yang mesra disapa Opai dalam Instagram miliknya yang kelihatan bersama seorang bayi berserta kapsyen memaklumkan perasaan bergelar bapa.


"Kehidupan yang cantik sebagai seorang bapa. Agak sibuk sejak kebelakangan ini untuk menghabiskan masa bersama anak yang cantik, bijak dan bersemangat.

"Ke arah kehidupan yang baharu," katanya.


Dalam masa sama, Opai memberitahu dia perlu berkongsi kelahiran anak sulungnya kepada umum selepas dimarahi ibu dan isterinya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29.

"Esok (hari ini) akikah anak kami dan hanya bawah 10 orang sahaja yang tahu sebab kami mahu jadi ibu bapa yang tenang.

"Ini anak kami berdua yang sudah berusia tujuh bulan. Kenapa baru sekarang nak beritahu mengenai anak?.

"Mak dan dia (Fatin) sudah bising sebab anak sudah besar dan dapat kad pengenalan tidak mungkin tak boleh beritahu," katanya.

Sementara itu, Fatin turut berkongsi sekeping gambar anak-anaknya bersama seorang bayi tetapi menutup wajah permata hatinya itu.

Sebelum ini, timbul spekulasi apabila netizen mendakwa Fatin sedang berbadan dua selain terkejut apabila timbul desas-desus mengatakan dia sudah melahirkan cahaya mata.Khabar angin itu timbul selepas pelakon Tentang Bulan itu dilihat kurang berkongsi gambar penampilan dirinya selain seperti ingin cuba menutupi bahagian perut.Fatin dan Opai berkahwin pada Disember 2022. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fatin sudah mempunyai dua orang anak, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.

Disiarkan pada: October 6, 2024 @ 2:23pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dia ni berahsia sangat? Apa pun tahniah ler
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2024 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Peliknye la ko ni opai. Org baru dpt ank sulung mst la excited. Yg ko ni dok sorok ank tu smp dah 7bln. Bknnye ank calculator yg nk kne sorok bagai.

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dia kawen eh..ada edisi kalkulator ke tak memasal jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak nak kena ain kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aliff Awang, hang tk nk dedah masa Fatin pregnant dan beranak sbb hang takut isu forex tgh panas time tu kaa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2024 03:40 PM | Show all posts
maybe hindarkan ain laa, diorang nak hijrah kan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 04:14 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 6-10-2024 03:09 PM
Bila dia kawen eh..ada edisi kalkulator ke tak memasal jah

Tak kalkulator pun. Opai Fatin kahwin 31 Dec 2022.

Baby lahir sometime in late February 2024.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sori ot.
Kulit gelap mcm pipah ni klu drip, mmg xkn brighter sikit ke.
Lawa dia ni. Feature muka dia kemas.
Cuma skin tone gelap.
Tgok dayang pekzah dulu gelap isyak... skrg glowing sket dh jd mghrib.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 6-10-2024 04:25 PM
Sori ot.
Kulit gelap mcm pipah ni klu drip, mmg xkn brighter sikit ke.
Lawa dia ni. Feature muka dia ...

hahahahahahahah... aku benci la kalau ko ni komen. salu tergelak dalam hati. apa la maghrib la isyak la
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 6-10-2024 04:35 PM
hahahahahahahah... aku benci la kalau ko ni komen. salu tergelak dalam hati. apa la maghrib la isy ...

Hahahha..
Kikikikiki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 6-10-2024 04:14 PM
Tak kalkulator pun. Opai Fatin kahwin 31 Dec 2022.

Baby lahir sometime in late February 2024.

Ha tu la x paham iols..nape nk sorok2..bukan tgh ttc susah lekat pun khen
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorok pun xda org tanya... ????

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusiabesa replied at 6-10-2024 04:25 PM
Sori ot.
Kulit gelap mcm pipah ni klu drip, mmg xkn brighter sikit ke.
Lawa dia ni. Feature muka dia ...

Ahahahaha aduii maghrib isyak pergi dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 10:11 PM | Show all posts
Manusiabesa replied at 6-10-2024 04:25 PM
Sori ot.
Kulit gelap mcm pipah ni klu drip, mmg xkn brighter sikit ke.
Lawa dia ni. Feature muka dia ...

Alahai, kalau wajah cerah spt terangnya zohor atau redup2 berangin spr asar  tentu nyaman rasanya kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
anaktoyol replied at 6-10-2024 05:40 PM
Sorok pun xda org tanya... ????

sbb tu sorok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059743 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list