View: 10056|Reply: 0
|
Jangan ‘babikan’ diri sendiri – PU Azman
[Copy link]
|
|
Jangan ‘babikan’ diri sendiri – PU Azman
https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... i-sendiri-pu-azman/
Oleh KOSMO!
27 September 2024, 10:27 pm
Penjelasan mengenai najis babi merupakan hantaran akhir dimuat naik Azman Syah atau PU Azman pada Instagram, sebelum dia berdepan hukuman diputuskan mahkamah.
PETALING JAYA – Penjelasan berkaitan najis babi menjadi hantaran akhir dimuat naik oleh pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman pada 17 September lalu di Instagram, sebelum dia berdepan hukuman yang diputuskan mahkamah pagi tadi.
Hantaran dibuat PU Azman itu bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya, namun individu itu dipercayai tersalah menaip soalan dan diperbetulkan pendakwah selebriti tersebut secara berseloroh.
“Elakkan ‘typo’ sebaik mungkin. Periksa kembali tulisan anda sebelum tekan butang ‘send’. Kalau dah ‘send’ masih boleh edit.
“Jangan ‘babikan’ diri sendiri. Termakan babi tidak berdosa kerana tidak sengaja.
“Cuci sahaja mulut macam biasa dengan air bersih dan tidak perlu sertu. Sertu hanya untuk isu berkaitan anjing. Dalil isu babi cuci dengan air sahaja,” katanya.
Menerusi soalan yang dikirimkan, individu itu menaip, ‘assalamualaikum Cik Man, macam mana kalau kita macam babi, tapi kita tak sedar yang kita makan tu babi. Apa yang kita kena buat?’.
Difahamkan, pengirim itu tersalah menaip soalan dan ia sepatutnya ditaip, ‘assalamualaikum Cik Man, macam mana kalau kita makan babi, tapi kita tak sedar yang kita makan tu babi. Apa yang kita kena buat?’.
Bagaimanapun, PU Azman bertindak menutup ruangan komen setiap hantarannya di Instagram, dan difahamkan dia berbuat demikian sejak berdepan kes di mahkamah.
Kosmo! hari ini melaporkan, Azman Syah, 43, atau PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dua tahun lalu.
Hakim Noridah Adam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakilinya gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.
Bagi pertuduhan pertama hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan, manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.
Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai hukuman.
Sebelum ini, Azman Syah diperintah membela diri pada Disember tahun lalu atas dua pertuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
| |
|