View: 36039|Reply: 6
|
Linda Onn mohon maaf selepas 11 tahun
[Copy link]
|
|
Linda Onn mohon maaf selepas 11 tahun
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... af-selepas-11-tahun
Disiarkan pada: September 25, 2024 @ 11:26am
Ramlah Zainal
[email protected]
Bekas penyampai radio, Linda Onn pada majlis pelancaran Kolaborasi Eksklusif Noir X RO dk Ampang Glasshouse. FOTO AZIAH AZMEE
Ampang: "Saya mohon maaf jika ada pihak media yang masih berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan kami dulu.
"Kosong-kosong ya dan janganlah marah lagi," kata bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn, 46, ketika diminta mengulas mengenai majlis pernikahannya dengan Ungku Azhar Ungku Maznan, 11 tahun lalu.
Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn berkata, dia juga ada sebab tertentu kerana tidak mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis pernikahannya ketika itu.
"Saya hanya jemput kawan-kawan terdekat dan ahli keluarga atas sebab tertentu yang saya tak boleh ceritakan sampai sekarang.
"Saya tidak jemput media bukan sebab masalah saya dan suami dan majlis itu juga di buat secara kecil-kecilan," katanya ketika ditemui sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir x RidzOkumura, di sini.
Ditanya dakwaan pihak media dihalau dari kediamannya ketika itu, Linda berkata, dia tidak mengetahui perkara itu.
"Selepas selesai majlis pernikahan, baru ada yang beritahu wartawan berkumpul di luar rumah. Kalau saya tahu ada wartawan di luar mesti saya suruh masuk dalam rumah.
"Bila keluar cerita baru saya dapat tahu wartawan kena halau? Saya percaya semuanya kerana salah faham dan semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan," katanya.
Mengenai dirinya diboikot pihak media, Linda berkata, dia juga tidak berasa dirinya dipinggirkan selepas insiden itu.
"Rakan wartawan, Allahyarham Mama Juwie (Abdul Jalil Salleh) pernah merancang untuk temukan saya dengan pihak media terbabit untuk beri penjelasan tapi saya pula tengah keliru dan tidak tahu kesalahan dilakukan ketika itu.
"Saya pula segan mahu berjumpa media dan percaya perkara itu akan dilupakan nanti," katanya.
Linda mendirikan rumah tangga dengan Ungku Azhar pada 27 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Zara, 6.
|
|
|
|
|
|
|
|
senang je dia pikir eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya pula segan mahu berjumpa media dan percaya perkara itu akan dilupakan nanti," katanya.
btw tak tau pun isu ni
tiber die yg up balik
yg tau isu gaduh dgn reporter ni shia amzah je
|
|
|
|
|
|
|
|
pastu kan...
"Rakan wartawan, Allahyarham Mama Juwie (Abdul Jalil Salleh) pernah merancang untuk temukan saya dengan pihak media terbabit untuk beri penjelasan tapi saya pula tengah keliru dan tidak tahu kesalahan dilakukan ketika itu."
poyo gile la kau
padahal masa tu kau EGO kan
|
|
|
|
|
|
|
|
kannnn
petik nm wartawan tersohor
tp di no-heng kan jer arwahnya
choiiiiii
tp kan
sbb ni jgk kot yg die hilang dr radar radio for quite sometime jgk kan
|
|
|
|
|
|
|
|
dia start dinohenkan lepas break dgn dgn FA
pastu dah kawin dgn ungku2 kan lagi la belagak
|
|
|
|
|
|
|
|
11 tahun punya ego
Lepas nikah dah diberitahu, tapi buat2 keliru..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|