CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4902|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Kerugian pesawah dianggar cecah RM50 juta

[Copy link]
Post time 26-9-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: Kerugian pesawah dianggar cecah RM50 juta


Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 26, 2024 @ 10:34am [email protected]







Pandangan dari udara kawasan sawah dan sekolah yang ditenggelami air ketika tinjauan situasi banjir dekat Jitra kelmarin. - Foto BERNAMA





ALOR SETAR: Banjir di negeri utara dianggarkan menyebabkan kira-kira 30,000 tan hasil padi terjejas dengan kerugian lebih RM50 juta kepada petani.

Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob, berkata jumlah itu ditaksir berdasarkan bancian MADA yang menganggarkan hampir 6,000 hektar sawah di Kedah dan Perlis dinaiki air.

"Kawasan MADA mempunyai 100,000 hektar sawah dan terdapat 30,000 hektar lagi di luar kawasan MADA. Dianggarkan 6,000 hektar sawah dinaiki air dengan kerugian sehingga 30,000 tan hasil padi.

"Jumlah itu bersamaan nilai RM50 juta berdasarkan harga pembelian padi hari ini iaitu RM1,800 setan oleh pengilang padi swasta dan purata hasil padi lima metrik tan setiap hektar," katanya dihubungi hari ini.



Pesawah Yaakob Ahmad, 74, menunjukkan sawahnya yang rosak akibat banjir di Kampung Alor Pudak, Pendang, Kedah. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

Abdul Rashid berkata, pihaknya bimbang kerosakan hasil padi boleh mencecah hingga 7,000 hektar secara keseluruhan berikutan petani di Pulau Pinang turut terjejas banjir.

Bencana banjir minggu lalu, menjejaskan pendapatan petani berikutan kebanyakan padi hanya menunggu masa untuk dituai.

"Kerosakan tidak begitu teruk pada 2005 dan 2010 kerana banjir ketika penanaman padi berada di peringkat awal. Kali ini, banjir melanda ketika tanaman hampir dituai," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri (LPP) Nor Rahila Mohd Yusof berkata 1,260 hektar sawah di bawah agensi berkenaan terjejas banjir.

Berdasarkan tinjauan pada 19 September, kerosakan dilaporkan di 64 unit petani di seluruh negeri membabitkan 853 petani.

"Kami menganggarkan kerugian petani yang terjejas RM11.34 juta berdasarkan 6,300 metrik tan hasil padi yang rosak akibat banjir dan harga pembelian RM1,800 setiap metrik tan oleh pengilang padi," katanya.

Nor Rahila berkata terdapat 19,611 petani di bawah agensi berkenaan yang mengusahakan lebih 34,000 hektar sawah di Kedah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303069/banjir-kerugian-pesawah-dianggar-cecah-rm50-juta






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.562212 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list