CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7273|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah makin pulih, 1, 885 mangsa berada di PPS

[Copy link]
Post time 26-9-2024 09:54 AM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah makin pulih, 1, 885 mangsa berada di PPS


Oleh BERNAMA - September 26, 2024 @ 9:29am







Keadaan sawah yang sudah hampir seminggu ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Alor Bereh, Pendang. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir




ALOR SETAR: Banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terlibat ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.

Pendang paling ramai
Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila terdapat 1,216 orang daripada 365 keluarga ditempatkan di 10 PPS diikuti Kota Setar sebanyak 605 mangsa daripada 203 keluarga di tujuh PPS dan Pokok Sena pula masih terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga.

Setakat semalam, sebanyak 4,769 mangsa telah mendaftar keluar daripada PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar berada pada paras amaran iaitu 1.58 meter. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303042/banjir-di-kedah-makin-pulih-1-885-mangsa-berada-di-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.041243 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list