View: 41683|Reply: 13
|
Linda Onn Mohon Maaf Selepas 11 Tahun - "Saya Mohon Maaf Jika Ada Pihak Media Yang Berkecil Hati Kerana Tidak Diundang Ke Majlis Kami Dulu"
[Copy link]
|
|
"Saya mohon maaf jika ada pihak media yang masih berkecil hati kerana tidak diundang ke majlis pernikahan kami dulu.
"Kosong-kosong ya dan janganlah marah lagi," kata bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn, 46, ketika diminta mengulas mengenai majlis pernikahannya dengan Ungku Azhar Ungku Maznan, 11 tahun lalu.
Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn berkata, dia juga ada sebab tertentu kerana tidak mengundang pihak media untuk membuat liputan majlis pernikahannya ketika itu.
"Saya hanya jemput kawan-kawan terdekat dan ahli keluarga atas sebab tertentu yang saya tak boleh ceritakan sampai sekarang.
"Saya tidak jemput media bukan sebab masalah saya dan suami dan majlis itu juga di buat secara kecil-kecilan," katanya ketika ditemui sempena pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut Noir x RidzOkumura, di sini.
Ditanya dakwaan pihak media dihalau dari kediamannya ketika itu, Linda berkata, dia tidak mengetahui perkara itu.
"Selepas selesai majlis pernikahan, baru ada yang beritahu wartawan berkumpul di luar rumah. Kalau saya tahu ada wartawan di luar mesti saya suruh masuk dalam rumah.
"Bila keluar cerita baru saya dapat tahu wartawan kena halau? Saya percaya semuanya kerana salah faham dan semoga penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan," katanya.
Mengenai dirinya diboikot pihak media, Linda berkata, dia juga tidak berasa dirinya dipinggirkan selepas insiden itu.
"Rakan wartawan, Allahyarham Mama Juwie (Abdul Jalil Salleh) pernah merancang untuk temukan saya dengan pihak media terbabit untuk beri penjelasan tapi saya pula tengah keliru dan tidak tahu kesalahan dilakukan ketika itu.
"Saya pula segan mahu berjumpa media dan percaya perkara itu akan dilupakan nanti," katanya.
Linda mendirikan rumah tangga dengan Ungku Azhar pada 27 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Zara, 6.
Sumber :– Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
oooo ada bergaduh dengan reporter ke
patutlah macam sendu jer |
|
|
|
|
|
|
|
x payah la acik oiii...dulu kau kemain berlagak,,,ujung2 sendu jah |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya ajak ke reporter ni. reporter ni dtg bukan setakat nak makan nasik minyak, tapi nak kongsi berita gembira utk peminat kau... |
|
|
|
|
|
|
|
Ni salah sorang artis berlagak. Dari zaman kulit kelabu dulu pun dah berlagak |
|
|
|
|
|
|
|
ooo muka laki dia macam hans isaac |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat sungguh muka jawa sheols. Walopon bergaya moden mata jawa sheols nmpk kampung jah |
|
|
|
|
|
|
|
lazim replied at 25-9-2024 11:13 AM
Kuat sungguh muka jawa sheols. Walopon bergaya moden mata jawa sheols nmpk kampung jah
Kalau tengok betul2, macam Abon versi lawa kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kedai nasi ayam dia mcm makin maju je boleh buka kat mytown. Hari tu mkn situ order soto boleh pulak hidang kuah sejuk. Biar betul basic resto serve pun hancusss.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia tak cakap i tak tahu pun pasal ni. benda dah lama. media pun dah move on dah kot |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ungku ni rasanya kerabat jauh
kalau kerabat dekat tu tunku.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|