Alor Setar: Situasi banjir di Kedah semakin baik apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah terus berkurangan kepada 5,478 mangsa daripada 1,750 keluarga.
Jumlah itu dilaporkan setakat 11 malam ini berbanding 5,592 mangsa daripada 1,788 keluarga setakat 8 malam tadi.
Setakat ini, empat PPS yang masih aktif adalah di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar terus menurun kepada 3,696 mangsa daripada 1,201 keluarga yang ditempatkan di 16 PPS.
Selain itu, jumlah mangsa banjir di 10 PPS di Pendang juga berkurangan kepada 1,565 mangsa daripada 478 keluarga.
Dua PPS di Kubang Pasu pula mencatatkan penurunan kepada 153 mangsa daripada 46 keluarga.
PPS Pokok Sena pula meningkat seramai 64 mangsa daripada 25 keluarga.