CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32436|Reply: 0

[Kedah] 'Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak Sabari

[Copy link]
Post time 24-9-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
'Kami tidak kenal wanita ditahan, bukan kenalan ayah' - Anak Sabari


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







SURAIYA Izzaty menunjukkan gambar bapanya, Sabari yang masih gagal dikesan sejak dilaporkan hilang 3 September lalu. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Sungai Petani: "Saya lega sebaik dimaklumkan ada perkembangan terbaru berkaitan ayah apabila seorang wanita ditahan polis untuk membantu siasatan," kata Suraiya Izzaty Sabari, 29.

MenurutSuraiya Izzaty, dia berharap dengan penahanan wanita itu dapat membantu menyelesaikan kehilangan bapanya, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 3 September lalu.

Anak sulung dari tiga beradik itu berkata, dia rasa lega apabila menerima berita itu walaupun keberadaan bapanya belum dijejaki namun dia yakin polis akan menjalankan siasatan dengan teliti.

"Kami tidak mengenali individu yang ditahan itu malah dia juga bukan dalam kalangan kenalan ayah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pokok Asam, di sini hari ini.

Suraiya Izzaty berkata, walaupun dia tahu telefon bimbit bapanya sudah dimatikan sejak hari pertama kehilangannya, namun dia tidak putus asa untuk cuba menghubungi bapanya itu selain rakan-rakan terdekatnya untuk mendapatkan maklumat terkini.

Katanya, pihak polis sentiasa memaklumkan perkembangan terkini berkaitan bapanya setiap masa dan mereka sekeluarga sentiasa mengharapkan bapanya dalam keadaan selamat.

"Setakat ini kami tak terima lagi panggilan pelik atau palsu berkaitan ayah cuma banyak cerita pasal tak baik pasal dia yang kami dapat menerusi tangkap layar WhatsApp dan Facebook (FB).

"Semua itu tak betul, kalau ada maklumat berkaitan ayah atau menemui dia bersama orang mencurigakan, hubungi terus polis untuk memudahkan siasatan dilakukan," katanya.

Suraiya Izzaty berkata, dia dan adiknya, Muhammad Amir Hakimi, 25, sentiasa menunggu perkembangan terkini berkaitan bapanya selepas hampir tiga minggu dia hilang.

Katanya, mereka tidak kisah sekiranya wang bapanya sudah hilang melalui transaksi bank yang dilakukan kerana yang penting mereka mahu bapanya pulang dengan selamat.

"Sejak kehilangan ayah, saya tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkannya tambahan pula saya masih berpantang selepas melahirkan anak sulung, Amanda Adwa yang berusia lebih sebulan.

"Kami memberi kerjasama kepada polis dan memberi apa jua maklumat yang diperoleh untuk memudahkan siasatan yang dilakukan," katanya.

Suraiya Izzaty berkata, bapanya sangat rapat dengan mereka tiga beradik malah hampir setiap hari mereka berhubung menerusi telefon walaupun hanya menerusi panggilan yang singkat.

"Sebab itulah kami rasa pelik bila ayah tiba-tiba menghilang kerana kami tidak pernah terputus hubungan dengannya disebabkan kami bertiga sangat rapat dengannya.

"Saya harap sangat dapat jumpa ayah segera dan kami sekeluarga dapat berkumpul macam dulu malah firasat saya kuat mengatakan bahawa ayah masih hidup.. pulangkan ayah saya dengan selamat," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pada sidang medianya hari ini mengesahkan penahanan seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan bekas pegawai kewangan sebuah agensi kerajaan pada 3 September lalu.

Media sebelum ini melaporkan berhubung kehilangan Sabari selepas dia dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, Baling menaiki kereta jenis Proton Waja.

Kehilangan Sabari itu disedari anggota keluarganya selepas telefon bimbit miliknya gagal dihubungi selain terdapat beberapa transaksi pengeluaran wang dalam salah satu akaun bank yang dikesan dibuat dua hari selepas kehilangannya.

Kenderaan Sabari pula dilaporkan ditemui hangus terbakar di Belantik, Sik, namun kelibat Sabari tidak juga kelihatan.



Disiarkan pada: September 24, 2024 @ 4:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137272/kami-tidak-kenal-wanita-ditahan-bukan-kenalan-ayah-anak-sabari





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.067400 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list