CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34125|Reply: 0

[Kedah] 5 pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan

[Copy link]
Post time 24-9-2024 05:11 PM | Show all posts |Read mode
5 pekerja sangkar ikan warga Myanmar ditahan


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







SANGKAR ikan di Tanjung Dawai di daerah Kuala Muda yang dipercayai mempunyai lesen tamat tempoh. FOTO ihsan Maritim Malaysia





Alor Setar: Lima lelaki warga Myanmar yang juga pekerja sangkar ikan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah di perairan Tanjung Dawai, di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, kesemua mereka yang berusia antara 27 hingga 38 tahun ditahan anggota bot ronda yang melakukan rondaan rutin di kedudukan 1.4 dan 1.6 batu nautika barat laut Tanjung Dawai.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati lesen sah pengoperasian sangkar ikan itu sudah tamat tempoh dan kelima-lima lelaki warga Myanmar itu gagal menunjukkan dokumen perjalanan diri yang sah ketika diperiksa.

"Mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 8 (c) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen.

"Kesemua dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Azreyanti berkata, pihak Zon Maritim Kuala Kedah mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.



Disiarkan pada: September 24, 2024 @ 4:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137270/5-pekerja-sangkar-ikan-warga-myanmar-ditahan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.175331 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list