CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19609|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDN Pulau Pinang nafi bekalan minyak masak bersubsidi kurang

[Copy link]
Post time 24-9-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Pulau Pinang nafi bekalan minyak masak bersubsidi kurang


Zuhainy Zulkiffli[email protected]







PEGAWAI penguat kuasa KPDN Pulau Pinang ketika melakukan pemantauan dan pemeriksaan bekalan minyak masak. FOTO Ihsan KPDN





Georgetown: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengesahkan tidak berlaku kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri ini seperti dibangkitkan pengguna dan media.

Pengarahnya, S Jegan berkata, pihaknya sudah menggerakkan 134 pegawai penguat kuasa bagi memantau situasi bekalan dan memastikan tiada manipulasi berlaku dalam urus niaga.

Katanya, sebanyak 37,705 pemeriksaan sudah dijalankan di seluruh negeri sejak 1 Januari lalu sehingga September.

"Hasil daripada pemantauan berkala yang dilaksana juga mendapati bekalan minyak masak paket mencukupi.

"Namun tidak dinafikan berlaku kekurangan bekalan disebabkan permintaan tinggi daripada pengguna dan juga pusingan jadual penghantaran daripada pihak pembekal," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama, Jegan turut mengingatkan peniaga di negeri ini supaya tidak mengenakan pembelian bersyarat bagi minyak masak paket satu kilogram kepada pengguna.

Katanya, ia susulan pihak berkenaan menerima lima aduan membabitkan isu itu sejak Januari hingga semalam.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang didapati mengenakan syarat pembelian tambahan kepada pelanggan yang mahu mendapatkan minyak masak bersubsidi .

"Amaran keras diberi kepada semua peniaga supaya mematuhi peraturan ditetapkan dan memastikan minyak masak paket bersubsidi ini dijual tanpa sebarang syarat tambahan," katanya lagi.

Menurutnya, kesalahan itu boleh diambil tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).



Disiarkan pada: September 24, 2024 @ 11:53am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137128/kpdn-pulau-pinang-nafi-bekalan-minyak-masak-bersubsidi-kurang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.938611 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list