Banjir di Kedah: 6,809 mangsa di 33 PPS
Zuliaty Zulkiffli - September 24, 2024 @ 8:53am [email protected]
Keadaan banjir termenung di Kampung Sungai Baru Gunung ketika tinjauan semalam. - foto BERNAMA
ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit hari ini kepada 6,809 mangsa daripada 2,171 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat 8 pagi ini.
Jumlah itu meningkat sedikit berbanding 6,792 mangsa daripada 2,171 keluarga yang dilaporkan pada 11 malam tadi.
Suasana di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir
Ini berikutan kebanyakan mangsa tidak dapat pulang ke rumah masing-masing berikutan 'banjir temenung' ketika ini.
Empat daerah masih terjejas banjir adalah di Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1302194/banjir-di-kedah-6809-mangsa-di-33-pps
|