Banjir: Jumlah mangsa di Kedah menurun kepada 7,252 setakat 4 petang
Oleh BERNAMA - September 23, 2024 @ 5:31pm
Mangsa banjir mula membersihkan rumah yang dipenuhi lumpur selepas banjir surut di Kampung Suka Menanti di sini hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada seramai 7,252 setakat jam 4 petang ini, berbanding 7,958 pagi tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa daripada 2,418 keluarga itu kini ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang terjejas.
Kota Setar masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 4,984, diikuti Pendang (1,604), Kubang Pasu (579) dan Pokok Sena 85).
Kawasan Kampung Sungai Baru Gunung masih ditenggelami banjir ketika tinjauan di sekitar Sungai Baru hari ini. - Foto BERNAMA
Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan hanya Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar masih berada pada paras bahaya.
Di PERAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 29 setakat 4 petang ini, dengan semua mereka masih ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di Kerian.
Mangsa banjir mula membersihkan rumah mereka yang dipenuhi lumpur selepas air banjir surut, semasa tinjauan banjir di Kampung Suka Menanti di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di semua daerah di Perak pada malam ini. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1302033/banjir-jumlah-mangsa-di-kedah-menurun-kepada-7252-setakat-4-petang
|