CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12182|Reply: 0

[Pulau Pinang] Steven Sim faktor penyatuan pelbagai kem dalam DAP - Penganalisis

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Steven Sim faktor penyatuan pelbagai kem dalam DAP - Penganalisis


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 23, 2024 @ 2:53pm [email protected]







Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu Steven Sim Chee Keong (depan lima, kiri) bersama Timbalannya Ramkarpal Singh (depan lima, kanan) bergambar bersama anggota jawatankuasa DAP negeri (2024-2027) pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Arena Setia SPICE Bayan Lepas hari ini. - Foto NSTP/ MIKAIL ONG






GEORGETOWN: Pelantikan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang dilihat satu percaturan baik dalam mengetengahkan seorang pemimpin yang mempunyai imej serta hubungan baik dengan parti dan masyarakat sekali gus bersedia sebagai calon Ketua Menteri masa hadapan.

Penganalisis Politik dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malayasia (USM), Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian, berkata Steven turut berkemungkinan dilihat sebagai faktor penyatuan dalam pelbagai kem yang wujud dalam DAP itu sendiri dan pelantikannya memudahkan transisi kepimpinan dalam parti dan negeri.

"Sistem pelantikan perjawatan dalam parti DAP berbeza kerana pelantikan jawatan (pengerusi) dilakukan oleh mereka yang memenangi pemilihan dan barangkali beliau dianggap faktor penyatuan pelbagai kes dalam DAP dan ini memudahkan transisi kepimpinan dalam parti dan negeri.

"Kombinasi mereka yang menang juga datang daripada pelbagai kem dan menjadi tanggungjawab beliau untuk menyatukan semua dan memastikan supaya tidak ada keresahan dalaman," katanya kepada BH.

Sebagai rekod Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang pada penggal lalu selain menggalas tanggungjawab Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP sejak Mac 2022.

Sivamurugan menambah, Steven turut perlu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mahu dilantik sebagai Ketua Menteri dan beliau perlu mempersiapkan diri dari sekarang memandangkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow akan mengakhiri tempoh dua penggal seperti ditetapkan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

"Sim perlu bertanding kerusi DUN jika mahu dilantik sebagai Ketua Menteri dan ini mungkin langkah awal untuk bersedia dua hingga tiga tahun dari sekarang. Maka, jika Sim calonnya perlu kemukakan dari sekarang," katanya.

Penganalisis Politik dari Pusat Pengajian Jarak Jauh USM), Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berpendapat jawatan Steven dalam Kabinet turut dilihat sesuai dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri perindustrian yang membangun dengan pesat.

"Beliau mempunyai reputasi baik dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum bukan saja komuniti Cina tetapi juga Melayu dan ini sangat penting untuk mendepani cabaran Pilihan Raya Umum ke-16 terutamanya di kawasan majoriti Melayu yang dirampas Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

"Steven juga dilihat menunjukkan prestasi terpuji sebagai Menteri Sumber Manusia dan kita semua tahu Pulau Pinang ialah sebuah negeri perindustrian yang dikenali sebagai Lembah Silikon Timur dengan jumlah kilang yang banyak," katanya ketika dihubungi.

Ahmad Fauzi juga tidak menolak pandangan yang menyatakan pelantikan Sim adalah satu langkah menyediakan calon Ketua Menteri pada masa depan memandangkan secara tradisi pemimpin dari kaum Cina akan menjadi Ketua Menteri dan ia juga menjadi amalan parti terdahulu yang menguasai Pulau Pinang.

"Tetapi saya juga berpandangan faktor ras ini bukanlah faktor utama kerana DAP sudah 'memegang' Pulau Pinang selama lebih 15 tahun.

"Jika hendak dieksperimentasikan jawatan Ketua Menteri kepada kaum-kaum lain, parti DAP lah yang sewajarnya lakukan (memulakan langkah)," katanya.

Sementara itu, tinjauan dalam kalangan akar umbi DAP mendapati rata-rata mereka tidak menolak kepimpinan Steven meskipun Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi mendahului dengan 1,247 undi manakala Sim memperoleh 1,237 undi.

Pengerusi DAP Cawangan Happy Valley, Air Itam, R Ganeson, berkata perbezaan jumlah undi tidak begitu penting memandangkan sokongan majoriti ahli adalah lebih penting.

"Ini adalah parti berasaskan Cina. Jadi, majoriti perwakilan adalah Cina dan Pulau Pinang adalah majoriti Cina. Ini adalah sistem yang telah kami ikuti selama ini.

Bukan undi yang penting, tetapi sokongan daripada ahli yang penting. Tiada nada perkauman yang dibangkitkan semalam...anda boleh lihat walaupun parti berasaskan Cina, Zairil (Khir Johari) masih terpilih.

"Steven adalah figura yang dikenali dalam DAP dan kami menyokong penuh beliau. Jadi, biarkan dia dilatih sebagai ketua parti negeri dan akhirnya memimpin Pulau Pinang," katanya.

Seorang ahli DAP yang enggan dinamakan berkata, pelantikan Steven adalah sesuatu yang diterima ramai dan perbezaan jumlah undi yang diterima sangat kecil dan tidak menjejaskan sokongan dan keyakinan mereka terhadap Steven.

"Satu-satunya perkara dilihat semalam ialah sokongan terhadap pasukan LGE (Lim Guan Eng) mungkin sudah agak berkurangan. Kerana itu Lim Hui Ying mendapat kedudukan ke-12 berbanding tempat keempat penggal lalu," katanya.

Semalam, Steven turut mengumumkan Ramkarpal akan mengetuai 'task force' bertujuan merapatkan hubungan parti dengan pertubuhan masyarakat berbilang kaum di seluruh Pulau Pinang dibantu kedua-dua Naib Pengerusi DAP negeri iaitu Zairil dan bekas EXCO Pulau Pinang, Datuk Yeoh Soon Hin.

Sim, 42, turut menegaskan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang adalah pasukan perpaduan dan menyeru semua ahli DAP supaya merapatkan saf dan berdiri sebagai sebuah pasukan yang kuat demi kepentingan rakyat dan parti itu.

Berikut senarai Jawatankuasa Negeri DAP Pulau Pinang 2024/2027
Pengerusi: Steven Sim Chee Keong
Timbalan Pengerusi: Ramkarpal Singh
Naib Pengerusi: Zairil Khir Johari
Naib Pengerusi: Datuk Yeoh Soon Hin
Setiausaha: Lim Hui Ying
Penolong Setiausaha: Jason H'ng Mooi Lye
Bendahari: Teh Lai Heng
Penolong Bendahari: Lai Hock Peng
Setiausaha Organisasi: Phee Boon Chee
Penolong Setiausaha Organisasi : Lee Wei Seang
Penolong Setiausaha Organisasi : Lim Siew Khim
Setiausaha Publisiti: Joshua Woo Sze Zeng
Penolong Setiausaha Publisiti: Soon Lip Chee
Pengarah Pendidikan Politik: Daniel Gooi Zi Sen
Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. RSN Rayer
2. Phee Syn Tze
3. Ooi Yong Wooi
4. Rachel Teh Chuann Yien
5. Datuk Seri S Sundarajoo
6. Foo Yu Keong

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301953/steven-sim-faktor-penyatuan-pelbagai-kem-dalam-dap-penganalisis






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list