CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6980|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah surut, mangsa berkurangan di 37 PPS

[Copy link]
Post time 23-9-2024 01:57 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah surut, mangsa berkurangan di 37 PPS
Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 23, 2024 @ 1:21pm[email protected]







Keadaan banjir temenung yang belum surut walaupun hari keenam banjir dan tiada hujan yang turun di Kampung Bohor. - Foto NSTP/ WAN NABIL NASIR.





ALOR SETAR: Keadaan banjir di negeri ini menunjukkan paras air mulai surut dan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah di negeri ini mula berkurangan.

Setakat jam 12 tengah hari ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 7,674 mangsa daripada 2,478 keluarga berbanding 8,017 daripada 2,594 keluarga pada jam 8 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin mengesahkan mangsa banjir di PPS sudah berkurangan.

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM), PPS di lima daerah yang masih aktif adalah di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

Daerah Kota Setar terus mencatatkan pengurangan mangsa banjir kepada 5,235 mangsa daripada 1,727 keluarga di 19 PPS berbanding 5,390 mangsa daripada 1,786 keluarga pada jam 8 pagi hari ini.

Selain itu, mangsa banjir di 10 PPS daerah Pendang masih kekal seramai 1,604 mangsa daripada 488 keluarga seperti yang dilaporkan pagi tadi.

Daerah Kubang Pasu juga berkurangan kepada 621 mangsa daripada 196 keluarga berbanding 671 mangsa daripada 217 keluarga sebelum ini.

Mangsa banjir di Pokok Sena juga berkurangan kepada 95 mangsa daripada 41 keluarga berbanding 233 mangsa daripada 77 keluarga setakat ini.

Selain itu, daerah Bandar Baharu juga mencatatkan jumlah mangsa masih kekal iaitu 119 mangsa daripada 26 keluarga

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, tiga sungai di daerah Kota Setar mancatatkan bacaan melepasi paras amaran dengan aliran menaik setakat jam 11 pagi hari ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman serta Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, di sini.

Selain itu, Sungai Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu pula melepasi paras waspada.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301918/banjir-di-kedah-surut-mangsa-berkurangan-di-37-pps






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.204533 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list