CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10714|Reply: 0

[Kedah] Banjir: Penduduk waspada jenayah pecah rumah, lakukan rondaan guna bot

[Copy link]
Post time 23-9-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 23-9-2024 12:08 PM

Banjir: Penduduk waspada jenayah pecah rumah, lakukan rondaan guna bot



23 September 2024 10:51am


Penduduk mengambil inisiatif melakukan rondaan menggunakan bot di kawasan kampung susulan banjir yang berlaku - Gambar hiasan Bernama




PENDANG - Keadaan rumah digenangi banjir dan ditinggalkan tanpa penghuni kerana berpindah ke pusat pemindahan, meresahkan penduduk kampung di kawasan Tanah Merah, di sini terhadap ancaman jenayah pecah rumah.

Penduduk Kampung Alor, Ali Ahmad Shafie, 34, berkata, sebagai langkah waspada dia dan beberapa rakan mengambil inisiatif melakukan rondaan menggunakan bot di kawasan kampungnya dan kampung berdekatan.


"Sudah seminggu kawasan kampung ditenggelami banjir dan banjir termenung ini tidak pasti bila akan surut, mungkin berlarutan sehingga lima hari lagi sebelum surut.

"Jadi kami ambil inisiatif melakukan rondaan pada sebelah pagi dan petang. Setakat ini keadaan nampak aman dan tiada kejadian pecah rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Ahmad berkata, selain kampungnya, rondaan dengan menggunakan bot sendiri itu turut dilakukan di Kampung Alor Mengkuang dan Kampung Tok Pauh.

Seorang penduduk, Mohd Rashidi Muda, 48, berkata, ramai penduduk di kawasan itu yang dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan, menyebabkan kampung menjadi sepi.


Kadang-kadang saya dan isteri balik untuk melihat keadaan rumah dan memberi makan tujuh ekor kucing yang ditinggalkan di rumah,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Muhammad Affendi Mahmud, 30, berkata, kebiasannya banjir di kawasan tersebut mengambil masa yang lama untuk surut kerana kedudukan yang rendah berbanding kawasan lain.


"Memang lama nak tunggu surut dan mungkin lambat lagi kami boleh balik rumah. Bila banjir tak surut-surut risau barang dalam rumah rosak. Mesin basuh pun tak sempat alihkan,” katanya. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/687088/edisi/utara/banjir-penduduk-waspada-jenayah-pecah-rumah-lakukan-rondaan-guna-bot



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.801858 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list