CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14975|Reply: 0

[Kedah] Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,017

[Copy link]
Post time 23-9-2024 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 8,017

Zuliaty Zulkiffli[email protected]







KEADAAN banjir di Kampung Alor Ganu. FOTO Wan Nabil Nasir.





Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah meningkat semula pagi ini kepada 8,017 orang daripada 2,594 keluarga yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 8 pagi hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding 7,961 mangsa daripada 2,577 keluarga di 37 PPS di lima daerah di negeri ini pada jam 11 malam tadi.

Berdasarkan laman web Info Bencana Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM), PPS di lima daerah yang masih aktif adalah di Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

Daerah Kota Setar terus mencatatkan pertambahan mangsa banjir iaitu seramai 5,390 mangsa daripada 1,786 keluarga di 19 PPS di daerah ini berbanding 5,334 mangsa daripada 1,769 keluarga yang dilaporkan jam 11 malam tadi.

Selain itu, mangsa banjir di 10 PPS daerah Pendang masih kekal seramai 1,604 mangsa daripada 488 keluarga seperti yang dilaporkan malam tadi.

Dalam pada itu, daerah Kubang Pasu juga kekal kepada 671 mangsa daripada 217 keluarga seperti sebelum ini dan mangsa banjir di Pokok Sena juga tidak berubah dan mencatatkan seramai 233 mangsa daripada 77 keluarga setakat ini.

Selain itu, daerah Bandar Baharu juga mencatatkan jumlah mangsa masih kekal iaitu 119 mangsa daripada 26 keluarga.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, dua sungai di daerah Kota Setar terus mancatatkan bacaan melepasi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 7 pagi hari ini.

Sungai terbabit ialah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman.

Bagaimanapun, Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya di daerah Kota Setar pula masih melepasi paras amaran setakat ini manakala Sungai Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu pula melepasi paras waspada.



Disiarkan pada: September 23, 2024 @ 8:06am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1136690/mangsa-banjir-di-kedah-meningkat-kepada-8017





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.718716 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list