CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46854|Reply: 0

[Pulau Pinang] Siapa bakal terajui DAP Pulau Pinang?

[Copy link]
Post time 22-9-2024 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Siapa bakal terajui DAP Pulau Pinang?


Oleh BERNAMA - September 22, 2024 @ 12:21pm







Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying antara individu yang bertanding merebut 15 jawatan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang penggal 2024/2027.




GEORGETOWN: Persoalan mengenai bakal pengganti Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan terjawab pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Walaupun difahamkan Kon Yeow akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang hingga akhir penggal ini, namun Pengerusi DAP negeri baharu akan menggalas tugas membuat persediaan menuju pilihan raya umum seterusnya.

Konvensyen hari ini turut menjadi hangat apabila terdapat desas-desus mengatakan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bakal menerajui DAP Pulau Pinang manakala Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying terus berkhidmat sebagai Setiausaha DAP negeri dengan formula "kombinasi Sim–Lim" yang turut dikatakan mendapat restu pemimpin utama parti.

Steven dan Hui Ying adalah antara 31 individu yang bertanding untuk merebut 15 jawatan Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang bagi penggal 2024/2027, selain Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai, Timbalan Ketua Menteri II, Jagdeep Singh Deo dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, H'ng Mooi Lye.

Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang di Pusat Konvensyen Setia SPICE Arena, Bayan Lepas pagi ini bertemakan "Kekal Harapan, Kukuh Perpaduan."

Konvensyen DAP Pulau Pinang tahun ini turut menarik perhatian berikutan Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang dalam pemilihan parti kali ini.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kelima, mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan negeri itu pada 2018 sebelum mengangkat sumpah untuk penggal kedua pada 13 Ogos tahun lalu.

Pada pemilihan parti negeri 2021, Kon Yeow dipilih menjadi Pengerusi DAP negeri dengan undian tertinggi, iaitu majoriti 1,211 undi. –

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1301470/siapa-bakal-terajui-dap-pulau-pinang






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.809615 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list