CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38558|Reply: 0

Elak kucing sakit jantung

[Copy link]
Post time 19-9-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode


PEMILIK terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk rawatan kucing yang sakit akibat makanan tidak bersesuaian.


KUCING yang tidak mendapat diet pemakanan yang baik dan seimbang berisiko mengalami masalah kesihatan.

Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Klinikal Veterinar, Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia, Dr Syamira Syazuana Zaini berkata, kucing memerlukan diet yang seimbang dengan jumlah yang tepat supaya kelangsungan hidup dan kebajikan haiwan dalam keadaan baik dan sejahtera.

"Antara kesan kucing yang tidak mendapat diet mencukupi, najisnya tidak mempunyai struktur yang baik dan mengeluarkan bau kuat.

"Selain itu, kita boleh melihat kucing ini memiliki bulu yang tidak cantik dan tumbesaran yang terbantut atau terjejas.

"Dalam kes yang lebih serius, kucing akan mengalami pertumbuhan tulang yang tidak normal, penglihatan lemah dan masalah jantung," katanya.

Menurutnya, secara amnya, pemberian makanan bersesuaian dan minuman yang bersih kepada kucing adalah salah satu daripada lima prinsip asas kebajikan haiwan.

"Jika prinsip ini tidak dijalankan dengan baik, kucing akan menghidap pelbagai penyakit yang boleh menjejaskan kebajikan haiwan itu," katanya.

Jelasnya, kucing yang berada dalam kategori karnivor memerlukan makanan berasaskan daging dan tidak boleh diberi diet lain seperti tumbuh-tumbuhan dan diet vegetarian.

"Terdapat 41 nutrien penting yang perlu ada dalam diet pemakanan kucing seperti protein, karbohidrat, lemak, air, asid amino dan vitamin.

"Untuk memastikan kucing menerima diet yang seimbang, kita perlu kenal pasti kandungan nutrisi pada produk bahan utama iaitu protein seperti ayam, ikan, asid amino (taurine), minyak ikan (Omega 3/ 6) dan vitamin," katanya.

Katanya, pemilik haiwan perlu mempunyai ilmu yang mencukupi berkenaan nutrisi asas makanan kucing.

"Selagi konsep keperluan asas dalam pemberian makanan kepada kucing itu ada dan dalam keperluan yang mencukupi, maka ia sudah memadai. Kemungkinan bagi kebanyakan kita akan berfikiran jika semakin murah sesuatu makanan maka kualiti juga mungkin akan terjejas.

"Oleh itu, kita perlu mempunyai ilmu asas nutrisi yang diperlukan haiwan peliharaan yang boleh disemak pada pembungkusan produk, supaya kita boleh menimbang tara penggunaan produk atau jenis makanan itu.

"Antara alternatif lain yang boleh kita ambil seperti penyediaan makanan buatan sendiri untuk haiwan peliharaan. Melalui alternatif ini, kita boleh memastikan kandungan atau diet pemakanan itu dalam keadaan seimbang dan mencukupi," katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan setiap pemilik kucing perlu mempunyai ilmu asas pemakanan kucing yang betul dan sentiasa menjadi individu yang peka serta bertanggungjawab terhadap penjagaan asas kucing.

"Jika perkara asas penjagaan kucing seperti pemakanan kucing terjejas, kucing akan mudah jatuh sakit maka pelaburan atau perbelanjaan rawatan akan lebih mahal. Hal ini akan memberikan impak yang lebih tinggi kepada pemilik haiwan," katanya.

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.239870 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list