CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25389|Reply: 0

[Perlis] Mangsa banjir meningkat di Perlis, 2 lagi PPS dibuka

[Copy link]
Post time 19-9-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa banjir meningkat di Perlis, 2 lagi PPS dibuka


Oleh Aizat Sharif - September 19, 2024 @ 10:03am [email protected]







Mohd Shukri (tengah) meninjau keadaan Sungai Arau yang meningkat sehingga mengakibatkan banjir di Kampung Titi Besi, Arau. NSTP/AIZAT SHARIF





KANGAR: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir dibuka di Perlis, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ditempatkan di PPS negeri ini menjadi 152 orang daripada 48 keluarga.

Sehingga jam 9 pagi ini, PPS yang baru dibuka adalah PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Ahmad Musa, Simpang Empat, Kangar dan SK Kubang Gajah, Arau.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis, Mohd Izaimi Md Daud, berkata PPS SK Dato Ahmad Musa, Simpang Empat dibuka pada jam 7.30 malam semalam, diikuti PPS SK Kubang Gajah, Arau pada jam 9.15 malam.

"PPS SK Dato Ahmad Musa, Simpang Empat dibuka bagi menempatkan 47 mangsa daripada 14 keluarga dari Sungai Padang, Simpang Empat, manakala PPS SK Kubang Gajah, Arau pula dibuka bagi menempatkan 42 mangsa daripada 13 keluarga selepas rumah mereka dinaiki air akibat hujan yang melanda negeri ini.

"PPS lain di SK Arau dan SK Sena tidak menunjukkan sebarang penambahan mangsa apabila mangsa ditempatkan kekal masing-masing 33 dan 30 mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, laman web Public Infobanjir, melaporkan hanya Empangan Timah Tasoh masih berada pada paras waspada dengan bacaan 29.49 meter (m) berbanding 29.10 bagi paras normalnya.

Selain itu, empat sungai utama di Perlis turut menunjukkan trend penurunan apabila Sungai Pelarit, Sungai Arau, Sungai Gial dan Sungai Perlis kembali berada pada paras normal.

Selain itu, cerapan air pasang di perairan Perlis juga menunjukkan air pasang pada laut akan berada pada paras 3.3 meter pada kira-kira jam 1.25 tengah hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1300166/mangsa-banjir-meningkat-di-perlis-2-lagi-pps-dibuka






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050452 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list