2 PPS tempat 43 mangsa banjir di Perlis
Aizat Sharif[email protected]
KEADAAN banjir di Perlis. FOTO AIZAT SHARIF
Arau: Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak kelmarin.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis Ku Chik Ku Mat Isa berkata, setakat 3 petang, PPS dibuka di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Arau dan Dewan SK Sena di Kangar membabitkan 43 mangsa.
"PPS di Dewan SK Arau mula dibuka sejak 11.55 malam tadi dengan 33 mangsa daripada sembilan keluarga termasuk bayi perempuan berusia 21 hari.
"Bagi PSS di Dewan SK Sena, Kangar pula dibuka sekitar 1.35 pagi tadi menempatkan 10 mangsa daripada lima keluarga," katanya ketika ditemui di PPS Dewan SK Sena, hari ini.
Sementara itu, Sungai Gial, di sini, menunjukkan bacaan pada tahap waspada susulan hujan sejak tiga hari lalu.
Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir, Sungai Gial merekodkan paras 8.79 meter (m) berbanding paras amaran iaitu 9.02 m sekitar 2.45 petang.
Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 3:59pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135213/2-pps-tempat-43-mangsa-banjir-di-perlis
|