CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32389|Reply: 0

[Kedah] Hujan berterusan di Utara tanah air dijangka sehingga esok

[Copy link]
Post time 18-9-2024 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Hujan berterusan di Utara tanah air dijangka sehingga esok


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







Keadaan banjir di Kampung Banggol Besi susulan hujan lebat sejak semalam hingga hari ini. FOTO Wan Nabil Nasir





Alor Setar: Amaran hujan berterusan di wilayah utara membabitkan Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak dijangka berterusan sehingga esok.

Pengarah Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, amaran jangkaan cuaca hujan itu dikeluarkan sejak 15 September lalu.

Beliau turut memberi amaran angin kencang dan laut bergelora untuk Laut China Selatan dan utara Selat Melaka berkuat kuasa dari 13 hingga 18 September.

"Tumpuan angin berkemungkinan berlaku di semenanjung utara dari 13 hingga 18 September (hari ini), yang mungkin membawa kepada ribut petir berpanjangan, hujan lebat, dan angin kencang di utara Selat Melaka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Setakat ini, sembilan sungai di Kedah melepasi tahap bahaya pada 1 tengah hari iaitu tiga di daerah Kubang Pasu, tiga di daerah Kota Setar, manakala satu di Pendang, Padang Terap dan Yan.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini semakin bertambah susulan hujan tidak menentu menyebabkan paras air meningkat.



Disiarkan pada: September 18, 2024 @ 2:29pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1135173/hujan-berterusan-di-utara-tanah-air-dijangka-sehingga-esok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.067826 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list