CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35996|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kes tipu tuntutan PERKESO: SPRM rampas tunai, barangan berharga RM1 juta

[Copy link]
Post time 5-9-2024 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Kes tipu tuntutan PERKESO: SPRM rampas tunai, barangan berharga RM1 juta


Oleh Audrey Dermawan - September 5, 2024 @ 1:28pm [email protected]








GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai dan barang berharga dengan nilai keseluruhan kira-kira RM1 juta daripada 36 suspek yang ditahan susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sumber berkata, antara barangan berharga dirampas susulan tangkapan suspek dengan kegiatan berunsur kartel termasuk lima doktor itu antaranya barangan kemas, selain barangan mewah seperti beg tangan, jam tangan dan kenderaan.

"Sehingga hari ini, SPRM menahan 36 individu termasuk lima doktor kanan berhubung kes itu.

"Daripada mereka, kami merampas wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM1 juta," katanya.

Terdahulu pagi ini, Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin memerintahkan tiga individu membabitkan dua doktor dan seorang pemilik syarikat berusia lingkungan 30-an hingga 50-an, direman empat hari.

Sumber itu berkata, kedua-dua doktor yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di negeri ini dipercayai bersubahat dengan pemilik syarikat yang bertindak sebagai ejen untuk mengemukakan dokumen palsu bagi tuntutan hilang upaya kekal kepada PERKESO.

"Keseluruhan wang rasuah terbabit dipercayai berjumlah RM2 juta," tambah sumber itu.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tiga suspek yang direman itu sebagai tangkapan terbaru susulan kes itu yang kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara tempoh reman terhadap 29 orang awam terdiri pekerja swasta, ejen dan 'runner' pula dibenarkan selama tiga hari sehingga esok, manakala reman terhadap isteri kepada seorang ejen dibenarkan selama sehari.

Semua suspek berusia 26 hingga 60 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Georgetown di sini pada jam 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Mereka semua direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.




Pegawai SPRM mengiringi dua doktor dan seorang ejen ke Mahkamah Majistret Jenayah Georgetown hari ini untuk mendapatkan perintah reman susulan kes pemalsuan tuntutan hilang upaya PERKESO. - Foto NSTP/Mikail Ong
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1294358/kes-tipu-tuntutan-perkeso-sprm-rampas-tunai-barangan-berharga-rm1-juta







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2024 07:02 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.225368 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list