CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5754|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 doktor ortopedik, ejen direman kes tuntutan PERKESO

[Copy link]
Post time 5-9-2024 12:44 PM | Show all posts |Read mode
2 doktor ortopedik, ejen direman kes tuntutan PERKESO


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 5, 2024 @ 12:31pm [email protected]







Tiga suspek kes pemalsuan tuntutan PERKESO iaitu dua doktor dan seorang ejen di bawa ke mahkamah untuk perintahan tahanan reman - Foto NSTP/MIKAIL ONG





GEORGTOWN: Tiga individu iaitu dua doktor ortopedik dan seorang ejen direman bagi membantu siasatan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek berusia 32, 43 dan 50 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin selama empat hari bermula hari ini selepas permohonan daripada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, semua suspek tiba ke Kompleks Mahkamah Georgetown di sini pada jam 9 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Dua doktor masing-masing berusia 43 dan 50 tahun yang berkhidmat di Hospital Seberang Jaya itu ditahan dalam satu operasi sekitar negeri ini kelmarin.

Semalam, media melaporkan tiga doktor antara 33 individu direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai terbabit dengan kartel pemalsuan tuntutan hilang upaya PERKESO berjumlah RM2.1 juta sejak 2017.

Kebanyakan mereka membuat tuntutan palsu atas alasan kecederaan Ligamen Anterior Cruciate (ACL) dan mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc).

Pemohon akan menerima 50 peratus daripada jumlah tuntutan manakala baki 50 peratus dibahagi antara doktor, ejen serta runner.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1294328/2-doktor-ortopedik-ejen-direman-kes-tuntutan-perkeso






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.113737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list