CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14506|Reply: 0

[Pulau Pinang] 20 pelajar terima tajaan ZPP dalami TVET

[Copy link]
Post time 4-9-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-9-2024 04:58 PM

20 pelajar terima tajaan ZPP dalami TVET

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

04 September 2024 04:34pm




20 peserta bergambar bersama Setiausaha MAINPP, Datuk Rosidi Hussain (tengah) sebelum majlis meraikan pelajar baharu ZPP - ABM 2024 pada Rabu.




KEPALA BATAS - Seramai 20 orang pelajar di negeri ini menerima tajaan daripada Zakat Pulau Pinang bagi mengikuti latihan kemahiran pengendalian jentera berat iaitu kren dan ekskavator di bawah kendalian Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, Program Pemerkasaan asnaf melalui Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) ini bertujuan untuk memberikan kemahiran yang relevan kepada peserta dalam industri pembinaan, sekali gus meningkatkan taraf hidup dan menjadi pembayar zakat pada masa hadapan.



Menurutnya, inisiatif bagi tajaan program ini adalah memastikan peserta terpilih terjamin masa depannya melalui program ‘Train and Place’ di mana peserta akan menjalani perantisan di bawah syarikat terpilih dan akan diserapkan untuk terus bekerja sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa dalam tempoh latihan.

ZPP membelanjakan sebanyak RM300,000 untuk tajaan 20 orang pelajar untuk program ini setiap tahun.


"Seramai 60 orang pelajar telah dihantar oleh ZPP untuk mengikuti program ini bermula dari tahun 2018 sehingga 2023," katanya di sini, pada Rabu.

Dr Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, ABM merupakan institusi penyedia latihan yang terkehadapan dalam membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan cekap untuk industri pembinaan.


Justeru, katanya ZPP menyedari bahawa ABM sememangnya mempunyai pengalaman yang kukuh dari segi tenaga pengajar dalam industri dan mempunyai kepakaran dengan Worlds Skill.

Beliau berkata, kolaborasi dengan ABM diteruskan atas kepercayaan bahawa potensi yang perlu diterokai dalam perkembangan kemahiran dan latihan tinggi dalam bidang pembinaan dari golongan asnaf yang bermastautin di Pulau Pinang untuk mendapat peluang bekerja dalam bidang industri berkaitan.


"Menyedari kaitan rapat pendidikan dan kemahiran dengan pertumbuhan sosio-ekonomi ummah khususnya golongan asnaf, ZPP berusaha memastikan inklusiviti dalam penyediaan dana zakat pendidikan melalui tajaan kemahiran yang bersifat produktif bagi keterangkuman masyarakat Muslim di Pulau Pinang yang berdaya saing pada masa hadapan.

"Usaha-usaha ini dapat memberikan manfaat kepada anak-anak asnaf yang bermastautin di Negeri Pulau Pinang mendapatkan pendidikan serta pembangunan latihan dan kemahiran tinggi yang seterusnya membantu diri dan keluarga meningkat taraf kehidupan keluarga," katanya lagi.

https://www.sinarharian.com.my/article/683852/edisi/utara/20-pelajar-terima-tajaan-zpp-dalami-tvet


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.255523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list