CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22518|Reply: 0

[Pulau Pinang] Beberapa laluan di Bayan Lepas, Bayan Baru dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 3-9-2024 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa laluan di Bayan Lepas, Bayan Baru dilanda banjir kilat


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 3, 2024 @ 11:38am[email protected]







Beberapa laluan di sekitar Bayan Lepas dan Bayan Baru di sini, dilanda banjir kilat. - Foto tular





BAYAN LEPAS: Beberapa laluan di sekitar Bayan Baru dan Bayan Lepas, di sini, dilanda banjir kilat selepas hujan lebat hampir dua jam sejak 6 pagi tadi.

Antara laluan yang terbabit ialah Jalan Mayang Pasir, Jalan Mahsuri, Jalan Tun Dr Awang, Kampung Jawa, Lintang Nibong dan Jalan Batu Maung.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru Muhammad Syahir Jamaludin, berkata pemantauan dilakukan pihaknya pada jam 7.30 pagi.

Katanya, pemantauan membabitkan lokasi terjejas iaitu sekitar Jalan Tun Dr Awang.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku banjir kilat sedalam kira-kira setengah meter.

"Pasukan bomba dengan kekuatan seramai enam anggota turut melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

"Operasi tamat pada jam 8.12 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu kakitangan swasta, Farah Adibah Mokhtar, 40, berkata, dia keluar dari rumahnya di Bukit Gedung melalui Jalan Mayang Pasir kira-kira jam 6.30 pagi sebelum terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Katanya, laluan berkenaan adalah yang dilaluinya hampir setiap hari bagi ke tempat kerja di Air Itam.

"Menerusi maklumat daripada pemandu kenderaan dari arah bertentangan, mereka memaklumkan bahawa jalan yang saya lalui dinaiki air.

"Kenderaan bergerak perlahan dan saya lewat tiba di tempat kerja," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video dan gambar kejadian turut tular di media sosial, dikongsi pengguna jalan raya yang terkandas ketika waktu puncak.

Difahamkan, sekitar lokasi berkenaan sering dinaiki banjir kilat setiap kali hujan lebat, sejak lapan tahun lalu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1293361/beberapa-laluan-di-bayan-lepas-bayan-baru-dilanda-banjir-kilat






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.077038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list