CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21322|Reply: 1

[Perlis] Jenayah seksual dalam kalangan pelajar di Perlis membimbangkan

[Copy link]
Post time 2-9-2024 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Jenayah seksual dalam kalangan pelajar di Perlis membimbangkan


Aizat Sharif[email protected]







BADERULHISHAM (tiga kiri) di program Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) dan ‘Town Hall Discussion Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kolej Matrikulasi Arau. FOTO Aizat Sharif





Arau: Perlakuan jenayah seksual dalam kalangan pelajar di negeri ini didapati semakin membimbangkan apabila berlaku peningkatan setiap tahun.

Kesalahan jenayah seksual ini tidak hanya membabitkan kes rogol, sebaliknya merangkumi cabul, komunikasi dan isyarat lucah, sumbang mahram, seks luar tabii, liwat serta pornografi kanak-kanak.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, masalah ini tidak hanya berlaku di institusi pengajian tinggi sahaja, tetapi turut membabitkan pelajar bawah umur.

Menurutnya, isu jenayah seksual tidak boleh dipandang mudah kerana menunjukkan peningkatan.
"Pada tahun lalu, sebanyak 64 kes jenayah seksual dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes rogol atau 43 peratus termasuk sumbang mahram




"Manakala dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 32 kes jenayah seksual dilaporkan berlaku di negeri ini dan daripada jumlah itu, kes rogol merekodkan sebanyak 11 kes.

"Apa yang mengejutkan, kes sumbang mahram, seks luar tabii dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak turut membabitkan pelajar sekolah menengah, rendah bahkan juga murid tadika," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan teks ucapan Ketua Polis Perlis sempena program Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) dan 'Town Hall Discussion Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kolej Matrikulasi Arau, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Perlis, P Kalai Kumar.

Menurutnya, berdasarkan kajian menunjukkan kebanyakan kes rogol di negeri itu membabitkan orang yang dikenali seperti teman lelaki dan kenalan.

"Mangsa dan suspek bukan sahaja kenalan di sekolah atau pusat pengajian tinggi, namun turut membabitkan kenalan dari aplikasi media sosial yang mana di antaranya baru berkenalan.

"Namun begitu, terdapat juga kes seksual yang membabitkan hubungan kekeluargaan.

"Apa yang mengejutkan bagi kes sumbang mahram, seks luar tabii dan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, ia turut membabitkan pelajar termasuk murid tadika," katanya.

Sementara itu, Kalai berkata, masyarakat perlu cakna atau bersikap 'kepoh' terhadap permasalahan di sekeliling kejiranan mereka terutama mengenai perlakuan jenayah seksual.

"Masyarakat perlu ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka kerana berkemungkinan ada insan yang sedang diperlakukan secara seksual memerlukan bantuan untuk melaporkannya kepada polis.

"Maka penubuhan Skuad Waja berperanan sebagai 'mata dan telinga' terhadap setiap perlakuan keganasan tidak hanya terhadap wanita tetapi lelaki dan kanak-kanak," katanya.



Disiarkan pada: September 2, 2024 @ 11:09am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129568/jenayah-seksual-dalam-kalangan-pelajar-di-perlis-membimbangkan





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 12:16 PM | Show all posts
Kena bendung penularan gejala ini sebelum merebak dengan lebih luas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.121927 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list