CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40569|Reply: 0

[Kedah] Bas terbakar di Sungai Petani, 7 penumpang, pemandu sempat selamatkan diri

[Copy link]
Post time 2-9-2024 01:39 AM | Show all posts |Read mode
Bas terbakar di Sungai Petani, 7 penumpang, pemandu sempat selamatkan diri


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 1, 2024 @ 11:19pm [email protected]







Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Baling ke Sungai Petani musnah terbakar di Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani, petang tadi. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat





SUNGAI PETANI: Pemandu dan tujuh penumpang sebuah bas henti-henti berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka dinaiki itu terbakar di Jalan Kuala Ketil, di sini petang tadi.

Semua mereka sempat menyelamatkan diri dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bas terbabit bagaimanapun musnah terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari balai berkenaan yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Yazid Ismail tiba di lokasi kejadian bersama 10 anggota tidak lama selepas itu.

"Setibanya di lokasi, didapati kebakaran itu membabitkan sebuah bas dari Baling menuju ke Sungai Petani yang membawa tujuh penumpang dan seorang pemandu.

"Semua mereka terselamat selepas berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata bantuan dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) tiba terlebih dulu di lokasi kejadian sebelum kehadiran pihaknya.

"Api berjaya dikawal pada jam 4.57 petang dan dipadam sepenuhnya sejurus selepas itu. Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1292823/bas-terbakar-di-sungai-petani-7-penumpang-pemandu-sempat-selamatkan-diri






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035259 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list