|
TIAN Soon (tengah) ketika membuat lawatan ke rumah Allahyarham Misirah Saniman, 75, yang maut selepas diserang gajah. FOTO Mohamad Fahd Rahmat
Kluang: Kerajaan Johor menolak dakwaan penebangan hutan simpan di negeri ini menyebabkan peningkatan kes gangguan gajah terhadap penduduk di Kluang dan Kota Tinggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, perancangan perlu dibuat supaya ekosistem dalam hutan boleh stabil.
"Hutan memang ada, tapi kedua mungkin habitat mereka sudah dikacau.... binatang ini nak cari makan sahaja, nak stabilkan ekosistem dalam hutan dan sekeliling," katanya ketika membuat lawatan ke rumah Allahyarham Misirah Saniman, 75, yang maut selepas diserang gajah di Felcra Batu 29, Sabtu lalu.
Beliau berkata, kerajaan negeri dalam rancangan untuk menstabilkan semula ekosistem gajah di negeri ini bagi memudahkan haiwan itu mencari makan.
Antara langkah bagi melengkapkan ekosistem itu termasuk pemasangan kolar gajah bagi mengenal pasti pergerakan haiwan itu.
Katanya, kerajaan juga mewujudkan bank makanan gajah termasuk menanam pokok pisang dan rumput napier di lokasi titik panas laluan gajah.
"Kita berharap supaya dengan usaha itu, dia tak akan kacau orang kampung," katanya.
sumber
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|